Konfederasi
Bola Sepak Asia (AFC) telah bersetuju untuk mengubah kouta pemain import yang
dibenarkan untuk setiap pasukan apabila mereka beraksi dalam kejohanan anjuran
badan induk bola sepak Asia itu.
Dalam
perubahan tersebut, AFC mengesahkan yang mereka akan mengubah kouta 3+1 pemain
import yang diguna pakai ketika ini.
Sebelum
ini, AFC membenarkan satu-satu pasukan menurunkan tiga pemain import daripada
mana-mana negara dan slot keempat adalah pemain import dari negara anggota AFC.
Tetapi
bermula pada musim 2023/2024, AFC akan membenarkan setiap pasukan meletakkan
5+1 pemain import untuk beraksi dalam kejohanan anjuran mereka.
Lima
pemain import itu adalah bebas daripada mana-mana negara akan tetapi slot
keenam mestilah daripada negara anggota AFC.
How many leagues in Asia are already prepared or is preparing for the ACL’s 5+1 change? Please correct/add if I’m wrong on the foreign player rules.
— J. Football Now (@j_football_now) July 12, 2022
🇯🇵5 + ∞ ASEAN
🇰🇷3 + 1 AFC + 1 ASEAN
🇲🇾3 + 1 AFC + 1 ASEAN
🇶🇦3 + 1 AFC + 1 UAFA
🇹ðŸ‡5 + 1 AFC + ∞ ASEAN🆕
🇦🇺5
🇸🇦7
Apa
kesan kepada pasukan Malaysia?
Semestinya,
pasukan Malaysia akan terkesan dengan perubahan peraturan ini.
Tetapi
sejauh mana impaknya kepada percaturan wakil negara di kejohanan AFC kelak?
Setakat
ini, peraturan yang ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL) adalah
pasukan dibenarkan untuk mendaftarkan lima pemain import untuk saingan Liga
Malaysia.
Akan
tetapi pecahannya adalah tiga pemain import bebas, satu haruslah berasal dari
Asia dan satu lagi slot terhad untuk pemain dari Asia Tenggara sahaja.
Jika
diikutkan, pasukan-pasukan Malaysia tiada masalah untuk memenuhi kriteria
baharu AFC itu. Malah, tidak terkejut jika MFL turut membenarkan kouta enam
pemain import supaya ianya selari dengan badan induk bola sepak Asia.
Akan
tetapi, jika ianya dilakukan oleh MFL, itu adalah satu langkah yang tidak wajar
kerana kelab akan semakin melebihkan pemain luar berbanding pemain tempatan.
Tambahan
lagi, pasukan yang sering berbelanja di luar kemampuan akan cuba memenuhkan
kouta pemain import dan ini akan membuatkan drama tak bayar gaji pemain semakin
teruk.
Jadi,
penulis berasakan pasukan dari Malaysia tak akan terkesan dengan perubahan AFC
ini dan tidak ada sebarang keperluan untuk MFL mengikuti kouta baharu itu demi
menjaga status quo pemain tempatan di Liga Malaysia.
Sumber:
semuanyabola