Adi
Putra akui dibayar mahal untuk filem Mat Kilau. Pelakon, Datuk Adi Putra
mengakui menerima bayaran tinggi membawa watak Mat Kilau untuk filem arahan
Syamsul Yusof.
Namun,
untuk mendedahkan jumlah sebenar bayaran yang diterima, Adi, 41, lebih selesa
kunci mulut.
“Ya
memang benar (bayaran mahal). Sebab ia memerlukan kudrat dan segala-galanya.
Tetapi bajet ini bukan satu ukuran kalau nak hasil yang lebih baik, tentulah
sudah semestinya memerlukan peruntukan yang lebih.
“Ia
bagi mendapatkan satu kualiti yang lebih mantap dan padu. Tentang berapa
jumlahnya? Tak apalah, biar Allah saja yang tahu,” katanya.
Adi
ditemui dalam majlis tayangan amal filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan anjuran
Biro Media Sosial Puteri UMNO Malaysia dan Kretip Malaya di Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur (KLCC), di sini, semalam.
Ditanya
pandangannya tentang isu kutipan cukai hiburan yang hangat dibincangkan, Adi
enggan mengulas panjang.
Katanya,
penerbit filem lebih layak bersuara.
“Tinggi
atau rendah kutipan cukai itu, ia dari sudut perniagaan dan saya tak boleh
sentuh.Berbalik kepada empunya. Tapi kalau nak cakap pasal hal ini, rasanya
lebih baik kita naratif dari sudut positif.
“Ia
supaya penyatuan kita ini akan mara bila kita bersama-sama ke arah kejayaan.
Kritikan akan jadi isu dan itu adalah lumrah sebab kalau tak ada yang
menyuarakan, mungkin tidak ada yang sedia maklum.
“Tapi
itulah yang kita inginkan. Keprihatinan agar ada berlaku perubahan pada masa
hadapan. Saya faham bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang,”katanya.
Ditanya
sama dia juga menanti pengumuman penghasilan sekuel filem Mat Kilau, Adi
bagaimanapun teruja jika benar perkara itu direalisasikan.
“Kalaulah
ada, Alhamdulillah. Saya serahkan kepada penerbit. Saya ini cuma barisan
pelakon saja. Kita sama-sama doakan andai benar ada sekuel,” katanya.
Sehingga
semalam, jumlah kutipan filem Mat Kilau mencecah RM47 juta dalam tempoh 11 hari
tayangan.