Nilai
para pemain Harimau Malaya kini ibarat pisang goreng panas tatkala kemenjadian
prestasi pasukan telah memberi impak kepada nilai pasaran mereka.
Hal
ini menyebabkan kebanyakan nilai para pemain utama skuad kebangsaan mencanak
naik sekaligus meletakkan mereka pada posisi yang selayaknya.
Berikut
merupakan senarai tiga orang pemain yang paling bernilai Malaysia ketika ini.
3.
Matthew Davies
Pertahanan
tengah pasukan Johor darul ta’zim (JDT) ini merupakan pemain ketiga paling
mahal yang dmiliki oleh skuad negara ketika ini.
Perpindahan
beliau ke pasukan Harimau Selatan jelas membantu untuk melonjakkan lagi nama
dan juga reputasinya selaku antara pertahanan paling konsisten pasukan ketika
ini.
Pemain
berusia 26 tahun ini juga merupakan tunjang utama Benjamin Mora di peringkat
domestik dan juga di pentas Asia yang menyaksikan mereka mara ke pusingan kalah
mati ACL.
Bukan
itu sahaja, Matt turut cemerlang mengemudi benteng pertahanan Malaysia sehingga
berjaya layak ke pentas Piala Asia tahun hadapan.
Nilai
pasaran Davies ketika ini mencecah sehingga 350,000 Juta Euro bersamaan dengan
RM 1.60 Juta.
2.
La’vere Corbin-Ong
Pemain
ini mrupakan tunjang utama Kim Pan-gon tatkala beliau beraksi dalam kesemua
perlawanan peringkat Kelayakan Piala Asia baru-baru ini.
Pertahanan
tinggi lampai berusia 31 tahun ini sedang menikmati kemuncak prestasinya
apabila beliau menajdi watak penting buat kelab dan juga negara.
Kerja
keras dan kudratnya di atas padang jelas meninggalkan kesan yang besar buat
pasukan tatkala Corbin sentiasa menjadi igauan pemain lawan di atas padang.
Beliau
turut berpeluang mencetak nama selaku penjaring apabila gerakan solonya ketika
menentang Turkmenistan telah membantu pasukan untuk layak ke Piala Asia.
Ketika
ini, nilai Corbin difahamkan setinggi 350,000 Juta Euro bersamaan dengan RM
1.60 Juta sekaligus berada pada posisi kedua pemain termahal pasukan.
Dion
Cools
Pemain
berusia 26 tahun ini sedang berkelana di Denmark merupakan pemain paling
bernilai yang dimiliki oleh Malaysia.
Cools
yang juga merupakan pemain kelahiran Malaysia-Belgium memiliki pengalaman yang
luas di pentas bola sepak Eropah dan beraksi bersama pelbagai kelab di sana.
Walau
bagaimanapun, beliau dikhabarkan bakal pulang beraksi di Malaysia bersama Johor
Darul Ta’zim (JDT) pada musim hadapan.
Beliau
juga cemerlang membantu Harimau Malaya pada pentas Kelayakan Piala Asia apabila
menjadi pemain paling penting dalam pasukan.
Cools
beraksi dalam kesemua perlawanan di peringkat kumpulan untuk menamatkan
penantian selama 42 tahun Malaysia mara ke pentas Piala Asia secara merit.
Pemain
yang mesra disapa ’Dion Sejuk’ ini bernilai sekitar 850,000 Juta Euro bersamaan
dengan RM 3.87 Juta dan berada sebaris dengan bintang terkemuka ASEAN yang lain.
Sumber:
makanbola