Wajarkah Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Dilaksanakan?
Keadaan ekonomi waktu kurang memberansangkan kerana terletak pada
pasca pandemik. Ramai mengadu mengharapkan wang.Terdesak dan kesempitan. Bahkan
pengeluaran wang KWSP RM10,000 yang dinanti nantikan itu tak cukup menampung
segala beban kewangan dan hutang sepanjang tempoh kesukaran yang ditempuhi
rakyat. Namun begitu, ada juga yang sewenang wenangnya mengambil kesempatan itu
untuk berbelanja sakan seakan seakan tiada hari esok. Baru baru ini ada khabar
angin bahawa Pengeluaran KWSP 2.0 akan berlaku. Adakah ia benar benar
diperlukan?
Pengeluaran Khas KWSP 2.0
Segelintir rakyat merasa resah dan kurang senang meskipun sedang
menerima wang KWSP RM 10,000 dan berhari raya. Yelah duit semakin susut setelah
berbelanja hari raya yang sudah 2 tahun tidak disambut seperti tahun tahun
sebelum Covid. Hakikatnya tak salah mengunakkan duit KWSP untuk memenuhi
kehendak, cuma gunakannya dengan mengukur baju dibadan sendir. Elakkan
berbelanja melampau sewaktu perayaan dan jangan bandingkan dengan orang lain.
Adalah lebih baik RM10,000 itu dijadikan modal peniagaan atau dijadikan aset
barang kemas.
Wajarkah wang KWSP itu dibelanjakan umpama tiada hari esok?
Adakah Kita Perlukan Pengeluaran KWSP 2.0?
Banyak perkara memerlukan duit zaman ni. Siapa yang nak tolak
peluang ni. Ini ialah sebuah usaha yang baik jika kita mahu menambah wang
belanja .Namun kita berfikir secara masak-masak sebelum membuat keputusan.
Sekirannya anda masih belum habiskan RM10, 000 dari pengeluaran
sebelum ini tak usahlah mengharapkan pengeluaran KWSP 2.0 pula.
Kredit – Utusan.com.my
Wajar..
ReplyDeleteUntuk modal niaga
ReplyDeleteWajar n setuju...modal perniagaan
ReplyDeleteWajar dan setuju sebab anak anak kita perlu makan makanan yg berkhasiat dan barangan makanan semua sudah naik harga.kita harap sangat kwsp boleh bantu kita untuk meringankan beban beban kita semua.
ReplyDelete