TMJ: Nantikan Berita Baik Buat JDT
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar
Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan Johor Darul Ta’zim bakal
menerima tawaran-tawaran baru berkaitan sukan tidak lama lagi.
Menerusi tangkap layar di Instagram @officialjohor, TMJ memberikan
komentar berkaitan beberapa berita baik berkaitan JDT yang bakal diumumkan
kelak.
“Kembali kepada bisnes, nantikan berita-berita baik buat Johor
Darul Ta’zim (JDT).
“Pemain, acara dan tawaran sukan (sports deal) baru yang akan
menjadikan JDT semakin besar dan stabil untuk 10 tahun seterusnya.
“Kepada penyokong, kekalkan kehadiran ke stadium. Kita ada reputasi
yang perlu dikekalkan.” Komen TMJ di Instagram @officialjohor.
JDT sebelum ini berkolaborasi dengan beberapa jenama global seperti
Nike, Unicef, Aston Martin, Hublot dan banyak lagi.
Jenama JDT sebelum ini acap kali mendapat perhtaian media
antarabangsa berikutan perancangan rapi pelbagai unit kelab selatan berkenaan
yang mengfokuskan kepada pembinaan sebuah empayar untuk jangkamasa panjang.
Sumber: makanbola
0 Response to "TMJ: Nantikan Berita Baik Buat JDT"