TMJ Kongsi Perbualan Bersama Pan-Gon

TMJ Kongsi Perbualan Bersama Pan-Gon

Kuala Lumpur: Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan setiap perlawanan membabitkan skuad Harimau Malaya dalam kempen Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 menyaksikan beliau individu pertama yang akan mengetahui kesebelasan utama pasukan negara.

Menerusi perkongsian di laman Story Instagram miliknya, pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berkongsi perbualan WhatsApp dengan pengendali negara, Kim Pan-gon sebelum perlawanan.

Berdasarkan gambar yang dimuatnaik, Pan-gon dilihat berkongsi senarai kesebelasan utama pasukan negara ketika aksi menentang Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malah, rutin itu sebenarnya sudah dimulakan ketika aksi persahabatan pada Mac lalu di Singapura selain dalam tiga aksi pemanas badan bertemu Brunei, Hong Kong dan Negeri Sembilan FC bulan lalu.

Sudah tentu apa yang dikongsikan oleh Tunku Ismail itu menimbulkan 1000 persoalan dikalangan peminat tentang kewajarannya berkongsi perbualan itu di laman sosial.

Namun sebenarnya mungkin tindakan Pan-gon merujuk senarai kesebelasan utama itu adalah kerana 13 pemain datangnya dari pasukan JDT sekali gus menjadi kunci kekuatan skuad Harimau Malaya.

Dalam pusingan kelayakan itu, skuad negara berjaya menempah slot ke Piala Asia selepas berjaya membenam Bangladesh 4-1 untuk muncul antara lima pasukan naib juara terbaik dalam kempen kelayakan pusingan ketiga itu.

Untuk rekod, kali terakhir skuad Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 di Kuwait dengan pasukan negara menamatkan saingan di tempat keenam daripada 10 negara yang layak.

Sumber: Hmetro

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments