Telekom Malaysia sebelum ini telah mula menawarkan penghala
WiFi 6 kepada para pelanggan baharu, tetapi terhad kepada mereka yang melanggan
pakej 300Mbps dan ke atas.
Menariknya, bermula bulan ini, TM turut melakukan perubahan,
dan telah mula menawarkannya untuk mereka yang melanggan pakej 100Mbps dan ke
atas.
WiFi 6 hadir dengan beberapa kelebihan kepada pengguna,
termasuk rangkaian WiFi yang lebih pantas, serta pemindahan data lebih tinggi.
Dengan perubahan ini, kini hanya pakej 30Mbps sahaja yang
tidak menyertakan penghala WiFi 6 bersama langganannya buat masa ini.