Tindakan JKM Sita Rumah Bonda Berasas

Tindakan JKM Sita Rumah Bonda Berasas

Johor Bahru: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai sebab kukuh meneruskan sitaan dan menghentikan operasi rumah kebajikan, Rumah Bonda yang didapati tidak pernah berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan sejak ia mula beroperasi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah dengan tindakan saman dikemukakan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali.

Katanya, Rumah Bonda juga tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Kita sudah sita Rumah Bonda sejak tahun lalu kerana ia tidak berdaftar, peringatan kita sudah buat, jadi tidak mengapa kita akan ikut proses ini (tindakan mahkamah) kerana itu hak dia.

"Tetapi JKM sudah pasti ada 'basis' (asas) untuk meneruskan proses sitaan, bila kita sita bermakna kita beri dia peluang untuk kemukakan pendaftaran dan sebagainya.

"Rumah berkenaan tidak berdaftar dengan tiga agensi teknikal ini antaranya JKM, Jabatan Kesihatan dan bomba, sebab itu kita buat Notis Lak (Penutupan), sebaliknya dia buat permohonan mahkamah untuk batalkan notis Lak berkenaan," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan Tinjauan Operasi Ke Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu Tiram, di sini, hari ini.

Jelas Rina, tindakan itu dibuat bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan penghuni terjamin.

"Pendaftaran rumah kebajikan termasuk Rumah Bonda perlu mematuhi syarat-syarat dan terma yang telah ditetapkan kerajaan," katanya.

Semalam, media melaporkan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun memfailkan saman terhadap JKM dan memohon agar rumah perlindungannya yang terletak di Setapak dibuka semula.

Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur melalui Siti Bainun selaku plaintif memfailkan saman pemula itu di Mahkamah Majistret di sini melalui firma guaman, Tetuan Asiah Abd. Jalil Chambers pada 7 Jun lalu.

Dalam pada itu, Rina mendedahkan JKM mengenal pasti sebanyak 1,028 pusat jagaan di seluruh negara yang tidak berdaftar dengan JKM menerusi satu operasi pemutihan yang dijalankan pada Februari dan Mac tahun ini.

"Bermula Januari tahun ini, kementerian telah mengeluarkan arahan untuk dilakukan pemutihan terhadap premis jagaan di negara ini dan dalam tempoh Februari hingga Mac, sebanyak 1,028 pusat jagaan didapati tidak berdaftar manakala 1,910 pula berdaftar.

"Daripada jumlah berkenaan (1,028), 38 daripadanya diperakukan pendaftarannya, 57 sudah menghentikan terus operasi, lapan disita, 35 dikenakan kompaun manakala satu sudah didakwa," katanya.

Sumber: hmetro

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments