Tiada Kesalahan, Kes Berlaku Di Stadium Nasional Bukit Jalil Semalam
KUALA LUMPUR - Kawalan keselamatan di dalam dan luar Stadium
Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan bola sepak pada aksi terakhir Kumpulan
E saingan Kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Bangladesh pada Selasa
berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar
berkata, seramai 1,500 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan berkawal
bagi memastikan keadaan keselamatan orang ramai terjamin.
“Tiada kesalahan dan kes berlaku sepanjang perlawanan yang
berlangsung semalam (Selasa).
“Keadaan kawalan keselamatan lancar dan bagus,” katanya kepada
Sinar Harian pada Rabu.
Pada Selasa, Malaysia berjaya menamatkan penantian lebih empat
dekad untuk melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023 dalam suasana penuh
emosi di Stadium Nasional di Bukit Jalil.
Kemenangan disaksikan 52,964 penonton itu, membolehkan pasukan
negara mengumpul keseluruhan enam mata untuk menamatkan kempen kelayakan di
kedudukan kedua di belakang Bahrain, sekali gus mengesahkan kemaraan ke Piala
Asia 2023, selaku antara lima naib juara terbaik kumpulan.
Sumber: sinarharian
0 Response to "Tiada Kesalahan, Kes Berlaku Di Stadium Nasional Bukit Jalil Semalam"