Tak Ada Perasaan Cemburu – Awie
KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Awie menepis spekulasi
yang mengatakan isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin cemburu dengan
kerjasama yang terjalin antara beliau dan rakan industri juga primadona filem
Melayu, Erra Fazira.
Kata Awie, isu tersebut tidak timbul malah Sharifah
memahami dan teruja dengan kerjasama antara kedua-dua selebriti berkenaan.
“Isteri saya beri kebenaran dan dia sangat teruja. Dia
juga peminat Erra.
“Jadi semua okey, tak ada perasaan cemburu,” katanya.
Awie berkata demikian dalam sidang media Konsert
Romantika yang diadakan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur, dekat sini semalam.
Awie pada masa yang sama memberitahu bahawa dirinya
selesa bekerjasama dengan Erra yang merupakan kenalan lama.
“Saya dah kenal dia berpuluh tahun. Kami banyak
berkompromi dan memahami sikap masing-masing.
“Kami pernah bertunang, kecewa, putus dan akhirnya
kembali bersahabat.
“Insya-Allah tak ada masalah untuk saya bekerjasama
dengan dia,” katanya lagi.
Konsert Romantika bakal diadakan di Sabah International
Convention Centre pada 20 Ogos depan.
Untuk tempahan tiket, hubungi Perry Hussin 013-8688282;
Fernalis 013-8034232; Shaira 011-1002383 dan Hana 019-6928417.
Harga tiket:
Platinum: RM12,000 ( satu meja 10 orang)
Gold: RM8,000 (satu meja 10 orang)
Silver: RM5,000 (satu meja 10 orang)
Bronze: RM3,500 (satu meja 10 orang)
Sumber: Utusan
0 Response to "Tak Ada Perasaan Cemburu – Awie"