Senarai Bantuan Khas Untuk Ibu Tunggal & Suri Rumah
Pelbagai skim bantuan untuk ibu tunggal yang turut
merangkumi bantuan kebajikan, kewangan, dan perniagaan yang khusus untuk
memperkasakan wanita.
Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)
Bantuan yang diberikan adalah berbentuk kad debit yang
bernilai RM200 setiap bulan.
Sila Baca: Cara Daftar Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor RM200
Skim Pembiayaan Program TemanNita
(TEKUN)
Skim ini Membantu usahawan wanita mendapatkan
pembiayaan secara berkumpulan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk
keperluan perniagaan.
Skim DanaNITA (MARA)
Skim DanaNITA ini menyasarkan usahawan wanita
Bumiputera bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti
keusahawanan memperkasakan usahawan wanita dan meningkatkan pendapatan isi
rumah.
Pembiayaan sehingga RM50,000 dikhaskan untuk usahawan wanita Bumiputera dengan tempoh pembayaran maksima 10 tahun (120 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan.
Bantuan Ibu Bersalin
Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) boleh dimuat turun melalui Laman Web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.
iSuri KWSP
Iinsentif iSuri KWSP yang diperkenalkan pada 2018, kini
suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang
upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk
kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).
Anda juga layak menerima sumbangan kerajaan sebanyak
RM480 pada setiap tahun apabila membuat caruman dalam apa-apa amaun dan pada
bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran
mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Sila Baca: Jom Mohon i-Suri KWSP 2022 Bantuan RM480
0 Response to "Senarai Bantuan Khas Untuk Ibu Tunggal & Suri Rumah"