TERKINI: Semakan Status BKM & Kemaskini Maklumat
Bantuan Keluarga Malaysia
BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada
golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat
berpendapatan rendah.
Terkini, laman web BKM telah mengumumkan tempoh pembukaan
semula skrin kemas kini Maklumat Asas bagi permohonan berstatus Lulus dan tidak
mengemukakan Permohonan Rayuan BKM 2022 seperti berikut:
Sila rujuk cara untuk anda membuat semakan status BKM serta kemaskini
maklumat tentang pembayaran yang bakal diterima mengikut kategori.
Log Masuk MyBKM
Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian
untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai
rekod permohonan BKM 2022.
Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang
telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk
Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.
Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab
soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat
dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh
menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM
1-800-88-2747.