Perdana Menteri sebelum ini telah mengumumkan hampir 8 juta
penerima BKM akan menerima manfaat pada hujung bulan Mac dengan impikasi
kewangan berjumlah RM8.2 bilion ringgit.
“BKM telah ditambah baik daripada bantuan tunai langsung
sebelum ini. Nilai bantuan ditambah mengikut klasifikasi bilangan anak bagi isi
rumah yang tidak mempunyai anak, mempunyai seorang hingga dua orang anak dan
isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih serta memperkenalkan kadar
tambahan bagi kategori isi rumah terhad kepada ibu atau bapa tunggal (IBT) dan
warga emas,” ujarnya.
Berikut Kami kongsikan kepada anda jumlah bantuan BKM Fasa
2.
Jumlah Bantuan BKM Isi Rumah 2022
Untuk pengetahuan anda, pembayaran BKM Fasa 2 akan
melibatkan kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan akan
mendapat bayaran sebanyak RM100 sehingga RM400 berdasarkan kelayakan setiap
penerima. Melalui pembentangan Belanjawan 2022, bantuan akan diberi berdasarkan
empat kategori berikut:
Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:
-
RM2,000: Lebih 3 orang anak
-
RM1,500: 1-2 orang anak
-
RM1,000: Tiada anak
Isi Rumah RM2,500 - RM5,000:
-
RM800: Lebih 3 orang anak
-
RM600: 1-2 orang anak
-
RM400: Tiada anak
Tambahan Kadar Isi Rumah:
-
RM300: Warga Emas
-
RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan
Jumlah Bayaran BKM FASA 2 Bagi Setiap Kategori
Berikut merupakan jumlah bayaran untuk fasa 2:
Syarat Kelayakan Pemohon Isi Rumah BKM
Berikut adalah syarat kelayakan pemohon isi rumah BKM:
-
Sudah Berkahwin
-
Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang
mempunyai anak yang menepati syarat dan
-
Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Tarikh Pembayaran BKM Fasa 2
Pembayaran BKM Fasa 2 bermula pada 27 Jun 2022 dan akan dikreditkan secara
berperingkat.
Cara Membuat Permohonan BKM
Untuk Pengetahuan anda, data penerima BPR 2021, BKC B40 dan
data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa
secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.
Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya
tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia
ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat
dalam tempoh yang ditetapkan.
Permohonan boleh dibuat di https://bkm.hasil.gov.my/
Tarikh Permohonan / Rayuan BKM
Bagi mereka yang tidak menerima BKM, rayuan permohonan BKM
akan dibuka bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah
melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di
https://budget.mof.gov.my/2022/