Semakan BKM 2022 : BKM Fasa 2 Tarikh Rasmi & Semakan Status
Semakan BKM 2022 Fasa 2. Tarikh bayaran rasmi dan login myBKM
semakan status permohonan lulus atau tidak kategori bujang, isi rumah B40 &
M40.
Tarikh pembayaran bagi BKM Fasa 1 telahpun diumumkan iaitu bermula
pada 28 Mac 2022 – 8 April 2022.
Kini tiba masanya untuk pembayaran bagi BKM Fasa 2 pula.
Penerima BKM 2022
Tiga golongan yang akan menerima BKM ini ialah golongan isi rumah,
warga emas bujang dan golongan BKM bujang.
Kriteria & Syarat
Golongan berikut ini layak untuk terima bantuan sekiranya memenuhi
syarat Bantuan Keluarga Malaysia seperti berikut:
Jumlah Bayaran BKM Fasa 2
Jumlah bantuan pembayaran BKM untuk fasa 2 2022 ini adalah seperti
berikut :
BKM FASA 2 : TARIKH & JUMLAH BAYARAN YANG AKAN
DITERIMA BAGI SETIAP KATEGORI
Jumlah bayaran BKM Fasa 2 adalah antara RM100 hingga RM400
bagi kategori yang layak.
Sila rujuk jumlah bayaran terperinci mengikut kategori
kelayakan seperti berikut:
A) Kategori Isi Rumah (Berkahwin) – 59 tahun dan ke bawah
Pendapatan Isi Rumah RM 2500 ke bawah:
· 0 anak : RM200
· 1-2 anak : RM300
· 3 anak dan lebih : RM400
Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :
· 0 anak : RM100
· 1-2 anak : RM100
· 3 anak dan lebih : RM100
B) Kategori Isi Rumah (Berkahwin) – 60 tahun dan ke atas
Pendapatan Isi Rumah RM 2500 ke bawah:
· 0 anak : RM200
· 1-2 anak : RM300
· 3 anak dan lebih : RM400
Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :
· 0 anak : RM100
· 1-2 anak : RM100
· 3 anak dan lebih : RM100
C) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak)
Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :
· 1-2 anak : RM300
· 3 anak dan lebih : RM400
Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :
· 1-2 anak : RM100
· 3 anak dan lebih : RM100
D) Kategori Bujang & Ibu Bapa Tunggal Tidak Mempunyai
Anak – 59 tahun ke bawah
Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :
· RM0 (Tiada bayaran diberikan dalam Fasa 2)
E) Kategori Bujang & Ibu Bapa Tunggal Tidak Mempunyai
Anak – 60 tahun dan ke atas
Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM5000 :
· RM150
Semakan & Kemaskini BKM
Semakan dan kemaskini maklumat peribadi BKM kini boleh
dibuat dengan pergi ke laman web rasmi BKM di :https://bkm.hasil.gov.my
BKM Log Masuk
Untuk log masuk ke dalam sistem, masukkan nombor MyKad
pemohon dan tekan semak. Masukkan juga kata laluan yang telah anda tetapkan.
Paparan dalam sistem BKM adalah seperti berikut :
Anda boleh lakukan kemaskini maklumat permohonan, semakan
status dan cetak permohonan anda.
FAQ Soalan Lazim
Fasa 2 bila masuk?
Kemungkinan pada akhir bulan Jun 2022.
Nak buat permohonan baru macam mana?
Untuk permohonan baru, anda hanya perlu isi borang
permohonan dan hantar ke LHDN.
0 Response to "Semakan BKM 2022 : BKM Fasa 2 Tarikh Rasmi & Semakan Status"