‘Saya Terima Nikahnya Dengan Mas Kahwin RM500 Juta Tunai’- Terus Jadi Mas Kahwin Termahal Di Dunia

PETALING JAYA – “Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta tunai.”

Demikianlah kata-kata seorang pengantin lelaki yang tersalah menyebut nilai mas kahwin dalam acara akad nikah baru-baru ini.

Situasi menghiburkan itu sempat dirakam oleh tetamu yang turut hadir ketika majlis dijalankan.

@utusantvofficial Betul2 nervous nih 🤣🤣🤣 | ieraa.shahira. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp ♬ original sound - UtusanTV

Menerusi video yang dimuat naik pengantin tersebut @msamdanial di media sosial, dapat dilihat reaksi orang ramai terkejut ketika mendengar nilai mas kahwin setinggi itu selain kedengaran suara tok kadi beristighfar dengan situasi yang berlaku.

Kapsyen yang ditinggalkan pengantin juga membuatkan ramai ‘geli hati’ dan dia turut mengakui sedang dalam keadaan gementar ketika itu.

“Gementar akad nikah punya pasal sampai aku punya mas kahwin jadi RM500 juta tunai,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang turut terkejut mendengar nilai mas kahwin yang disebutkan dan ada juga pengguna sempat berseloroh kononya pengantin tersebut baru sahaja memenangi ‘durian runtuh’.

“Baru menang loteri pengantin ini, sebab itu tak ada hal nak bagi isteri RM500 juta, pengantin tenang ja, tok kadi pula terkejut lebih,” komen seorang pengguna.

“Harga buah pinggang pun tak sampai juta bang, mana dapat duit ini bang, apa-apa pun tahniah bang,” ujar pengguna lain.

Sumber: KOSMO! ONLINE, @utusantvofficial

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments