Ranking Harimau Malaya Melonjak ke-147 Dunia
KUALA LUMPUR: Kedudukan skuad Harimau Malaya kini
melonjak ke tangga ke-147 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak
Antarabangsa (FIFA).
Menerusi kemas kini ranking badan induk bola sepak
dunia itu, skuad kendalian Kim Pan Gon naik tujuh anak tangga berbanding berada
di tangga ke-154 pada kemas kini terakhir, Mac lalu.
Keputusan positif diraih skuad kebangsaan dalam
beberapa aksi perlawanan persahabatan dan ketika kempen kelayakan Piala Asia
2023 sebelum ini menyumbang kepada kenaikan ranking skuad Harimau Malaya.
Pasukan kebangsaan yang menamatkan badi layak ke Piala
Asia tahun depan secara merit selepas 42 tahun, mengumpul 1057.59 mata
keseluruhan dan menyaksikan penambahan 22.53 mata berbanding sebelum ini.
Berdasarkan kedudukan terbaharu itu, skuad Harimau
Malaya berada di kedudukan ke-26 dalam kalangan negara Asia, dan keempat di
Asia Tenggara selepas Vietnam (97), Thailand (111) dan Filipina (134).
Bagi kedudukan keseluruhan, Brazil kekal sebagai
pasukan nombor satu dunia dengan mengumpul 1837.56 mata, sementara Belgium di
tangga kedua (1821.92) dan Argentina ketiga (1770.65).
Sumber: Bharian
0 Response to "Ranking Harimau Malaya Melonjak ke-147 Dunia"