PKRC Labuan Ditutup Secara Rasmi Hari Ini

LABUAN: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Labuan secara rasminya ditutup hari ini selepas beroperasi selama setahun tujuh bulan dan lima hari.

Pusat itu di Dewan Serbaguna Labuan itu diserahkan semula kepada pihak berkuasa tempatan Perbadanan Labuan (LC) pada majlis ringkas dihadiri Ketua Majlis Keselamatan Negara (MKN), agensi penguatkusaan Labuan, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari, berkata penutupan pusat berkenaan selepas mengambil kira kadar kes baharu COVID-19 di pulau itu kurang daripada lima kes sehari.

"Memandangkan Labuan merekodkan kes COVID-19 yang rendah dalam tempoh beberapa bulan ini, dan Malaysia sudah memasuki Fasa Peralihan Endemik, tiba masa untuk pusat ini ditutup.

"Pusat ini beroperasi dengan lancar walaupun melebihi kapasiti hampir 2,000 pesakit sejak ia mula beroperasi pada 29 Oktober 2020," katanya kepada Bernama.

Dr Ismuni berkata pusat rawatan yang strategik itu turut dijadikan hospital medan COVID-19 pada 27 Jun tahun lalu.

"Ia (penubuhan hospital lapangan) adalah selepas Labuan mengalami lonjakan mendadak kes positif COVID-19 dan serangan varian Delta dengan kematian dilaporkan setiap hari.

"Dengan kakitangan penjagaan kesihatan yang berdedikasi, petugas barisan hadapan dan kadar vaksinasi tinggi, Labuan berjaya dalam pertempuran melawan COVID-19 dan sejak itu bilangan pesakit menjalani kuarantin di pusat itu berkurangan secara beransur-ansur," katanya.

Dr Ismuni berkata, pusat yang bersaiz besar itu telah banyak membantu kakitangan penjagaan kesihatan menangani peningkatan harian bilangan pesakit COVID-19.

"Kita berjaya mengurangkan bilangan pusat kuarantin daripada empat kepada satu, terima kasih buat pusat ini," katanya.

Sementara itu, Dr Ismuni berkata, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Klinik Kesihatan Membedai masih beroperasi bagi menangani isu berkaitan COVID-19.

Sumber: BERNAMA

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments