PICKids Disediakan Untuk Permintaan Khas Sahaja

BAGAN SERAI: Kementerian Kesihatan (KKM) sedia menyambung semula Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) secara percuma tetapi bergantung pada permintaan khas yang diterimanya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata program PICKids yang berakhir pada 31 Mei lalu, boleh dipertimbangkan semula khas untuk di kawasan terpencil atau kawasan yang tiada liputan komunikasi.

"Sebagai contoh di kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak yang ramai tinggal di kawasan yang langsung tiada liputan komunikasi dan ketika mereka keluar menyertai program PICKids, malangnya program itu telah tamat.

"Untuk kes sebegini, jawatankuasa kampung boleh mengumpulkan maklumat kanak-kanak yang ingin divaksin dan seterusnya boleh memaklumkan atau berbincang dengan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bagi mendapatkan program tersebut.

"Seterusnya Pengarah JKN akan membuat keputusan dan akan memberi tarikh dan masa bagi program itu," katanya ditemui media selepas merasmikan Pertandingan Memanah Tradisonal Terbuka ATTAC (Abu Thalhah Traditional Achery Club) di Bandar Lembah Beriah, Bukit Merah di sini.

KKM sebelum ini dilapor akan mengadakan melaksanakan PICKids secara percuma untuk tempoh lima hari bermula 20 hingga 24 Jun ini sempena minggu Imunisasi Kebangsaan.

Sepanjang tempoh itu, semua klinik kesihatan di seluruh negara untuk memberikan suntikan vaksin percuma kepada kanak-kanak yang terlepas PICKids yang lalu.

Noor Azmi berkata, KKM membuka peluang itu selama lima hari untuk ibu bapa yang baharu membuat keputusan untuk mendapatkan vaksinasi kepada anak-anak mereka supaya melakukannya dengan segera.

"Kita tahu ada ibu bapa yang sebelum ini mengambil keputusan 'tunggu dan lihat', jadi inilah peluang supaya mereka melakukannya sepanjang tempoh lima hari," katanya.

Ditanya mengapa KKM tidak meneruskan program itu sehingga hujung tahun ini beliau menegaskan KKM sudah memberi peluang kepada ibu bapa dengan menunda tarikh tamat program itu daripada 15 kepada 31 Mei lalu, namun masih ramai tidak datang.

"Apabila orang tak datang, masa kita agak terbuang. Dalam masa sama, kita kena fokus juga kepada penyakit yang berjangkit dan tidak berjangkit seperti penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dan denggi yang kian meningkat.

"KKM sebenarnya bimbang terhadap kanak-kanak yang tidak divaksin apabila kes meningkat naik atau ada varian-varian baru," katanya.

Sumber: Bharian

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments