Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah syarikat milik
Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra
Rakyat (RMR) kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB diletakkan di
bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang
menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti kepada setiap keluarga di
Malaysia.
Rumah Mesra Rakyat (RMR)
RMR diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah
dan keluarga miskin yang tiada tempat tinggal atau tinggal di rumah usang
tetapi mempunyai tanah untuk membina kediaman sendiri yang sempurna dan selesa.
Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan
sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan seperti di seperti di bawah :
Harga & Reka Bentuk RMR
Harga bagi setiap tempat adalah berbeza tetapi konsep
binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2
bilik air. Berikut adalah harga RMR mengikut tempat:
1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)
-
Harga: RM75,000
-
Subsidi pembinaan: RM20,000
-
Jumlah Pinjaman: RM55,000
-
Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300
2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)
-
Harga: RM85,000
-
Subsidi Pembinaan: RM20,000
-
Jumlah Pinjaman: RM65,000
-
Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM350
3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)
-
Harga: RM75,000 – RM106,000
-
Subsidi pembinaan: RM20,000
-
Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
-
Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300 –
RM470
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon subsidi RMR:
-
Warganegara Malaysia
-
Pemohon berumur 18 tahun ke atas
-
Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi
RM3,000
-
Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah atau
mempunyai rumah usang/tidak sempurna
-
Tapak/tanah adalah sesuai dan bebas daripada
gadaian/beban ke atasnya. Sekiranya pemohon bukan pemilik tanah, pemohon
hendaklah mendapatkan kebenaran pemilik
-
Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS
(tertakluk kepada reka bentuk)
Cara Membuat Permohonan RMR
Berikut ialah cara memohon:
Melalui talian (Secara Online)
1.
Buka laman web SPNB di
https://rmr.spnbonline.com.my/ @ https://spnb.com.my/
2.
Klik Pendaftaran Baru dan lengkapkan borang
pendaftaran
3.
Selepas itu, ID Log Masuk dan Kata Laluan akan
dihantar ke e-mel yang didaftarkan
4.
Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang
disediakan
5.
Lengkapkan borang yang diperlukan
6.
Untuk melengkapkan borang, klik Lengkapkan
Pendaftaran dan Cetak Borang
7.
Hantarkan borang beserta dokumen yang lengkap ke
Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berhampiran
Secara manual
Borang permohonan boleh didapati di Cawangan SPNB dan
dihantar semula ke SPNB setelah permohonan dan dokumen sokongan lengkap.
Dokumen yang diperlukan
Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan semasa
menghantar borang permohonan RMR:
-
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
(jika berkenaan)
-
Salinan kad pengenalan tuan rumah
-
Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika
berkenaan)
-
Salinan geran hak milik tanah terkini dan sijil
carian rasmi dari Pejabat Tanah Terkini.
-
Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan
pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
-
Surat Akuan Sumpah / surat pengesahan tidak
memiliki rumah atau memiliki rumah lama*
-
Surat kebenaran pelepasan tuan tanah
-
Salinan sijil nikah pemohon
-
Borang laporan tapak bergambar
Nota Tambahan :
Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki
rumah usang perlu disahkan oleh Ketua Kampung / Pegawai Ikhtisas Kelas A.
SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk
kepada keperluan mereka dari semasa ke semasa.
Semakan Status Kelulusan
Maklum balas status permohonan akan diberikan dalam tempoh 3
bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan
tahunan.
Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah
selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk
kepada terma dan syarat.
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan dan maklumat terperinci, sila hubungi RMR
SPNB di talian berikut :
IBU PEJABAT
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my
Sumber: portalmalaysia.com