Permohonan BKM 2022 Online & Kemaskini Borang Bantuan Keluarga Malaysia
Pembentangan belanjawan setiap tahun oleh Menteri Kewangan
bakal menyaksikan pengumuman bantuan yang akan diberikan kepada rakyat. Bantuan
tunai ini lazimnya akan diberikan kepada golongan rentan seperti B40 dan M40
yang terkesan termasuk juga golongan bukan rentan.
Pada tahun lepas bantuan ini dikenali sebagai Bantuan
Prihatin Rakyat. Manakala pada tahun ini, bantuan ini dikenali sebagai Bantuan
Keluarga Malaysia
Jika dahulunya terdapat 4 kategori diperkenalkan di bawah
BPR, pada tahun ini kita akan menyaksikan sama ada kerajaan masih mengekalkan
jenis penerima bantuan ini. Yang pastinya
golongan isi rumah mahupun bujang tidak akan ketinggalan
dalam menerima bantuan kerajaan jika dilihat seperti tahun-tahun sebelum ini
Selain itu, kerajaan juga lazimnya akan menambahbaik bantuan
yang diberikan samaada daripada segi jumlah ataupun kelayak penerimaan bantuan
baru ini.
Jika dilihat pada tahun lepas, BPR diberikan mengikut julam
anak dalam sesebuah isi rumah. Ini bermaksud mereka yang mempunyai anak lebih
ramai akan menerima bantuan lebih banyak. Bantuan sebegini dianggap lebih
bersasar
Bagi tahun 2022, besar harapan rakyat untuk mendapat bantuan
yang dapat membantu meringankan beban setiap keluarga di Malaysia.
Setelah hampir 2 tahun wabak COVID19 melanda dunia, ramai
pendapatan keluarga mahupun
negara terjejas. Justeru belanjawan 2022 diharapkan dapat
memberi sinar harapan buat kita semua.
Jadual Pembayaran BKM 2022
Fasa 1
-
28 Mac 2022
-
Isi Rumah
-
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
-
Bujang
Fasa 2
-
27 Jun 2022
-
Isi Rumah
-
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Fasa 3
-
Bulan September 2022
-
Isi Rumah
-
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
-
Bujang
Fasa 4
-
Bulan Disember 2022
-
Isi Rumah
-
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Pembayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia ini terbahagi
kepada 4 fasa pembayaran. Berikut adalah maklumat & jadual :
Jumlah Bantuan BKM Isi Rumah 2022
Untuk pengetahuan anda, pembayaran BKM Fasa 2 akan
melibatkan kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan akan
mendapat bayaran sebanyak RM100 sehingga RM400 berdasarkan kelayakan setiap
penerima. Melalui pembentangan Belanjawan 2022, bantuan akan diberi berdasarkan
empat kategori berikut:
Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:
RM2,000: Lebih 3 orang anak
RM1,500: 1-2 orang anak
RM1,000: Tiada anak
Isi Rumah RM2,500 - RM5,000:
RM800: Lebih 3 orang anak
RM600: 1-2 orang anak
RM400: Tiada anak
Tambahan Kadar Isi Rumah:
RM300: Warga Emas
RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan
Jumlah Bayaran BKM FASA 2 Bagi Setiap Kategori
Berikut merupakan jumlah bayaran untuk fasa 2:
Syarat Kelayakan Pemohon Isi Rumah BKM
Berikut adalah syarat kelayakan pemohon isi rumah BKM:
-
Sudah Berkahwin
-
Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang
mempunyai anak yang menepati syarat dan
-
Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Pembayaran BKM Fasa 2 bermula pada Jun 2022 dan akan
dikreditkan secara berperingkat.
Seperti BKM Fasa 1, kemungkinan tarikh pengkreditan BKM
adalah pada penghujung bulan sekitar 28 Jun - 30 Jun. Manakala untuk penebusan
secara tunai bermula 30 Jun 2022
Sama-sama kita nantikan dan kami akan memberi info dari
semasa ke semasa.
Cara Membuat Permohonan BKM
Untuk Pengetahuan anda, data penerima BPR 2021, BKC B40 dan
data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa
secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.
Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada
rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada
yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam
tempoh yang ditetapkan.
Permohonan boleh dibuat di https://bkm.hasil.gov.my/
Semakan Status BKM 2022
Bagi mereka yang ingin melakukan semakan status permohonan
BKM Fasa 1 mereka, boleh klik DI SINI
Tarikh Permohonan / Rayuan BKM
Bagi mereka yang tidak menerima BKM, rayuan permohonan BKM
akan dibuka bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.
Soalan Lazim:
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah
melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/
• Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
• Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
• Talian
Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
• e-Mel : bkm@treasury.gov.my
Borang
• Borang
Kemas Kini Maklumat Permohonan BKM
• Akuan
Penerimaan Borang Permohonan Berkelompok BKM
• Borang
Serahan Dokumen Sokongan BKM
• Borang
Pembatalan Permohonan BKM
FAQ
• Bantuan
Keluarga Malaysia (BKM)
• MyBKM
• Permohonan
Baharu dan Kemaskini BKM
Boleh saya mahu bertanya dan tolong saya tentang BKM
ReplyDelete