Permohonan Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah B40
Suri
rumah adalah secara istilahnya ialah golongan para ibu dan mak-mak yang tidak
bekerja di luar tetapi membanting tulang dirumah dalam menguruskan anak-anak
dan rumah tangga, Maka itu, mengikut logik sudah tentu mereka tidak mempunyai
sumber pendapatan lain melainkan sang suami yang menghulurkan nafkah dan
sebagai tangunggjawab demi peruntukkan belanja di rumah.
Oleh
disebabkan itu, kerajaan dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
telah melancarkan i-Suri KWSP untuk membantu para suri rumah supaya mempunyai
wang simpanan demi masa depan mereka atau di masa tua mereka.
Pelbagai
faedah akan dinikmati melalui skim i-Suri dari KWSP ini. Antaranya dapat
menabung dan juga dapat menikmati pelbagai dividen tahunan.
Apakah
itu iSuri KWSP?
Menurut
pihak KWSP, i-Suri merupakan produk dari KWSP yang telah diperkenalkan supaya
selaras dengan Manifesto Kerajaan iaitu untuk mewujudkan caruman KWSP kepada
suri rumah.
I-suri
juga bertujuan untuk membantu para wanita yang tidak bekerja dan menjadi
surirumah sepenuh masa dan menjamin masa depan mereka. Banyak faedah yang
mereka akan dapat melalui pendaftaran i-suri ini. Akan tetapi terdapat beberapa
syarat yang dikeluarkan oleh KWSP.
Cara Daftar i-Suri KWSP
Pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP
berdekatan dengan tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang
dimuat turun menerusi pautan seperti berikut :
-
MyKad
-
Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali
Pertama Sahaja)
-
Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran)
Syarat Kelayakan Pendaftaran i-Suri KWSP
Berikut syarat kelayakan pendafatarn i-Suri KWSP :
-
Warganegara Malaysia.
-
Golongan suri rumah yang berdaftar dalam
Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
-
Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau
RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
-
Isteri kepada Ketua Isi Rumah. (KIR/Wanita (KIR)
-
Belum mencapai umur 60 tahun.
Siapakah Yang Boleh Mencarum?
-
Diri sendiri (Isteri).
-
Suami kepada pasangan yang layak.
Faedah i-Suri KWSP
Berikut dikongsikan kepada anda mengenai faedah i-Suri KWSP
:
-
Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40
sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
-
Menerima dividen tahunan KWSP
-
Bantuan Kematian : RM2,500
Insentif kerajaan hanya akan dibayar apabila anda memenuhi
syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
-
Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah
berdaftar di dalam E-Kasih: ATAU
-
KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin
atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
-
Belum mencapai umur 60 tahun
-
Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun
KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.
Cara Bayaran
Berikut dikongsikan cara untuk membuat pembayaran :
-
Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
-
Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP.
(MBB,PBB,RHB dan BSN)
-
Pindahan wang melalui perbankan internet oleh
bank yang dilantik MBB atau PBB.
Tambahan : KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan
secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari
sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap
tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya
daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli ( Akaun
Persaraan dan Akaun 2.
Sumber: portalinfo
0 Response to "Permohonan Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah B40"