Permohonan Bantuan RM300 Untuk Bayi Yang Baru Lahir Tahun 2022, Panduan
Program ini merupakan program di bawah Bajet 2022 kerajaan negeri,
untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang baru lahir. Ini adalah insentif
kerajaan negeri dengan bantuan berjumlah RM300.
Program Bantuan RM300 untuk bayi yang baru lahir ini bertujuan
untuk meringankan beban ibu bapa yang memerlukan duit untuk pembelian barangan
penjagaan bayi dan ibu bersalin semasa berpantang.
Jumlah Bantuan
Kerajaan Pahang telah melancarkan program Anak Kebanggaan Pahang
2023 (Pahang Pride Kid 2023) dan terbuka kepada semua orang untuk memohon
bantuan RM300 ini. Menurut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy
Wan Ismail berkata, tujuan kenaikan kadar bantuan ini kepada RM300 adalah untuk
menggalakkan kadar kelahiran di negeri itu yang masih lagi rendah.
Pemberian Saguhati Untuk Setiap Kelahiran
Setiap bayi yang dilahirkan di Pahang mulai 2022 layak menerima
saguhati tersebut di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang. Tambahnya, tujuan
pemberian bantuan adalah untuk meringankan beban keluarga membuat simpanan dan
barangan penjagaan bayi serta ibu semasa berpantang. “Justeru, jumlah
peruntukan program ini ialah RM5 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan
Pahang 2022 pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN)
Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang pada 6 Disember 2021.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web portal Kerajaan Negeri Pahang atau hubungi 09-512 6600.
0 Response to "Permohonan Bantuan RM300 Untuk Bayi Yang Baru Lahir Tahun 2022, Panduan"