Percubaan Keluarkan Mana-mana Negeri Dari Malaysia Merupakan Jenayah - Tun Mahathir
KUALA LUMPUR : Malaysia merupakan negara yang mempunyai
undang-undang, sekiranya wujud usaha untuk mengeluarkan mana-mana negeri dari
negara ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata,
bagaimanapun undang-undang itu "mungkin tidak terpakai terhadap pihak yang
kedudukannya jauh lebih tinggi".
“Sesiapa yang cuba untuk withdraw (keluarkan negeri) dari Malaysia
itu adalah satu jenayah, tetapi kita ada orang yang duduk lebih tinggi daripada
undang-undang.
“Apabila orang seperti ini berkata demikian, dia amat serius tetapi
tindakan tidak boleh diambil kerana dia tidak tertakluk kepada kepada
undang-undang negara kita dan inilah masalah yang kita hadapi sebenarnya.
“Kalau saya sebut tentang nak keluarkan Kedah dari Malaysia saya
akan kena tangkap tetapi orang itu bebas dari undang-undang... jenayah tetap
jenayah,” katanya ketika sidang media program Aku Melayu di Kuala Lumpur pada
Ahad.
Sumber: astroawani
0 Response to "Percubaan Keluarkan Mana-mana Negeri Dari Malaysia Merupakan Jenayah - Tun Mahathir"