KUALA LUMPUR: Pengumuman rasmi berhubung tarikh sebenar Hari
Raya Aidiladha akan dibuat hari ini.
Penetapan tarikh Aidiladha ini akan dibuat Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja selepas sesi pencerapan oleh panel falak Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) pada petang ini.
Setakat ini, tarikh perayaan itu masih kekal seperti
diwartakan dalam takwim rasmi kerajaan iaitu pada 10 Julai depan.
Ketika ini terdapat sejumlah 29 tempat cerapan diwartakan
oleh Majlis Raja-Raja di seluruh negara sejak 2011 yang ditugaskan bagi melihat
kesemua 12 anak bulan Hijri sepanjang tahun.
Sumber: astroawani