Peminat Kecam Aksi De Paula

Peminat Kecam Aksi De Paula

PETALING JAYA: “Lompatlah…Dia tidak mencuba pun untuk melompat”.

Itu kata-kata pengulas sukan, Zainal Abidin Rawob ketika membuat ulasan perlawanan antara Malaysia menentang Bahrain semalam selepas melihat aksi pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula di atas padang.

Zainal berkata demikian ketika situasi De Paula yang langsung tidak mencabar bola ketika hantaran lintang menarik Arif Aiman ketika Malaysia terdesak untuk mencari gol dalam perlawanan yang menyaksikan Harimau Malaya tewas 1-2 kepada Bahrain semalam.

Aksi yang dipamerkan De Paula semalam ternyata tidak disenangi oleh peminat dan dia juga menjadi sasaran kemarahan penyokong di laman sosial dan lebih teruk menyifatkan kemasukannya telah ‘mencacatkan’ jentera serangan negara untuk memburu gol.

Selain itu, para peminat juga mempersoalkan pemilihan De Paula untuk diturunkan dalam perlawanan berkenaan kerana rata-rata netizen melihat dia langsung tidak menyumbang dan lebih banyak berjalan ketika berada di atas padang.

“Aku pun tidak tahu atas faktor yang KPG (Kim Pan Gon) berkenan sangat terhadap Zulhelmi (De Paula)…Dia masuk semua jadi hancur, jentera tumpul. Lebih baik kekalkan Darren Lok atau masukkan (Mickey) Faisal Halim,” kata Hisyam Ismail.

“Masuk semata-mata untuk berjalan, langsung tidak menyumbang. Mencatatkan momentum Malaysia untuk cari gol, tengok fizikal ingat boleh cabar pemain Bahrain. Merugikan, baik guna pemain tempatan,” kata Helmi Huzairi.

Sementara itu, antara komen-komen peminat juga mahu De Paula direhatkan untuk perlawanan menentang Bangladesh sekiranya berhasrat untuk menang dengan kelebihan jaringan.

“Lawan Bangladesh kalau mahu memang besar guna penyerang yang bagus, De Paula jangan main nanti tak pasal-pasal nak menang terus kalah,” kata Fawzan Ismail.

Sumber: UTUSAN ONLINE

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments