Pelajar MRSM sedih dikelilingi rakan dari keluarga kaya, 2 tahun belajar tanpa iPad! Kini ‘lompat’ ke T20, umur 19 tahun jana 9K sebulan

Mengakui perit dengan kehidupan yang dilalui sejak kecil, gadis berusia 20 tahun ini nekad untuk mengubah nasib keluarganya.

Menceritakan kisah kehidupannya kepada mStar, Sarihan Mustapha berkata, dia hanya dibesarkan oleh ibu yang berpendapatan kira-kira RM500 sebulan.

"Selepas berpisah, saya bersama enam lagi adik-beradik dibesarkan sepenuhnya oleh mak dari kecil sehingga umur saya 17 tahun, mak tidak mempunyai kerja tetap.

"Memang ada bantuan ibu tunggal, tapi tak cukup pun nak tanggung perbelanjaan keluarga. Jadi dari kecil hingga tingkatan 5, setiap kali isi dalam borang ibu bapa memang saya tulis gaji mak RM500 sebulan.

"Kadang rasa malu sebab takut orang pandang rendah dan hina apabila mereka bertanya apa pekerjaan mak... ia berlanjutan sehingga saya masuk MRSM (Maktab Rendah Sains Mara)," luahnya yang merupakan anak keenam.

Menurut anak kelahiran Bachok, Kelantan itu lagi, keadaan lebih menyedihkan apabila dia berada di sekolah menengah.

Mana tidaknya, pendapatan ibu dan bapa rakan-rakan sekelas sangat besar dan ada yang mencecah puluhan ribu ringgit.

"Tingkatan 4 dan 5 saya dimasukkan ke MRSM Bitara (program khas)... di situ kebanyakan pelajarnya adalah daripada keluarga yang kaya serta mempunyai status seperti Datuk dan Datin.

"Sedangkan semasa berada di tingkatan 5, mak saya tidak lagi bekerja kantin sebaliknya melakukan kerja kampung dengan gaji sekitar RM500.

Kenangan semasa di MRSM.

"Di MRSM pula, sesi pembelajarannya menggunakan iPad sahaja. Jadi saya dengan famili yang sangat susah serta tiada adik-beradik yang boleh tolong pada masa itu, tidak mampu memiliki gajet berkenaan. Malah permohonan bantuan yang dihantar ke wakil rakyat tidak pernah dibalas, jadi saya teruskan pembelajaran tanpa iPad selama dua tahun"' ujarnya sebak.

Mengimbau keperitan hidup yang dialami ketika itu, ujar Sarihan, hanya dua daripada 20 pelajar yang tidak mempunyai iPad untuk sesi pembelajaran.

"Keadaan itu menyebabkan saya belajar dalam keadaan sedih sebab dikelilingi orang kaya. Apa yang mereka nak gunakan dalam pelajaran sentiasa dapat.

"Walaupun saya mempunyai biasiswa, tetapi buku dipegang oleh kaunselor... tetap rasa tak seronok sebab bila duit kurang kena jumpa kaunselor untuk minta dan pelajar lain memang dah tahu hanya pelajar miskin yang akan berjumpa kaunselor" jelasnya.

Rakan-rakan matrikulasi.

Terganggu dengan situasi seumpama itu menyebabkan dia tidak mampu untuk mendapatkan keputusan cemerlang seperti yang ditetapkan pihak sekolah.

Malah dia pernah terdetik untuk berhenti daripada sekolah elit berkenaan.

Namun disebabkan sokongan dan dorongan ibunya, dia cekalkan semangat untuk terus bersaing.

"Saya bersyukur sebab kawan-kawan rapat tidak menyampah dan berkira dengan saya pada masa itu.

"Memang saya rasa insecure dengan diri, selalu bersedih dan menangis.. saya telefon mak dan mengadu yang kawan-kawan saya kaya-kaya serta pandai. Alhamdulillah walaupun saya rasa nak berhenti dari MRSM, mak saya sentiasa bagi semangat sehingga saya habis," ceritanya Ilagi.

Sarihan gembira kerana mampu

membeli keperluan belajar. Seperti anak remaja yang lain, Sarihan juga mengimpikan hidup senang dan mahu mengubah nasib keluarga.

"Tamat sahaja persekolahan, saya berdoa supaya apa yang saya nak buat dipermudahkan. Masa tu fikir bagaimana nak ubah kehidupan yang berstatus asnaf dan tak sangka yang saya akan terfikir untuk buat bisnes selepas peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Alhamdulillah Allah bukakan mata saya untuk melihat pelajar-pelajar universiti buat bisnes.

"Memasuki usia 18 tahun, saya mula berdaftar sebagai ejen satu produk dan tiga bulan selepas itu saya berjaya menjana pendapatan empat angka. Pada masa itu saya dalam proses pendaftaran di matrikulasi.

Sungguhpun dalam waktu singkat itu, saya sempat lagi buat bisnes sedangkan rakan lain menyatakan mereka hampir kurang waras kerana jadual belajar sangat padat.

SARIHAN

"Rasa seronok kerana orang lain beratur untuk mengeluarkan elaun belajar, saya pula dapat bonus bisnes. Pendapatan yang diperoleh membuatkan saya mampu memberi duit belanja RM1,000 kepada mak manakala RM1,000 untuk saya berbelanja, ujarnya yang pernan peroleh pendapatan sehingga RM9,000 ketika usia 19 tahun.

Menzahirkan rasa syukur dengan rezeki di usia muda, dia turut gembira apabila pensyarah tidak menghalang bisnes sebaliknya turut memberi sokongan padu.

"Waktu di matrikulasi saya belajar aliran sains dan merupakan pelajar fast track. Sungguhpun dalam waktu singkat itu, saya sempat lagi buat bisnes sedangkan rakan lain menyatakan mereka hampir kurang waras kerana jadual belajar sangat padat.

Bersama rakan yang turut melakukan bisnes bersamanya.

"Semangat itu saya dapat kerana dah berjanji dengan diri untuk ubah nasib diri dan keluarga... saya tak mahu keluarga berstatus asnaf. Jadi sibuk atau tidak saya tetap jalankan bisnes, walaupun tengah peperiksaan, saya berjaya capai bonus sehingga RM9,000 bersih.

"Bila buat bisnes saya berjaya lompat' sehingga hampir mencapai status T20," luahnya yang turut menyeru insan senasib dengannya untuk tidak berdiam diri sebaliknya menggunakan peluang yang ada untuk mengubah taraf hidup.

Dalam pada kesibukan bisnes itu juga, dia berjaya mendapatkan keputusan peperiksaan yang baik. Tambahnya yang kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan keusahawanan di Universiti Malaysia Kelantan, keputusan yang diperoleh tetap cemerlang iaitu 3.74 walaupun jadual hariannya padat.

Terdahulu, video perkongsiannya yang berdurasi 13 saat menjadi tular di aplikasi TikTok dan ditonton lebih 134,000 pelayar.

Sumber: mstar

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments