Pas Sementara Sabah: 'Dulu Kritik, Sekarang Setuju Pula' - Darell Leiking

KOTA KINABALU: Pas Sementara Sabah (PSS) bagi warga asing sepatutnya telah lama dilaksanakan kerana ia telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini.

Timbalan Presiden Parti Warisan Datuk Darell Leiking berkata bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu telah bersetuju untuk pelaksanaan pas tersebut dibuat.

Namun pelaksanaannya terbantut selepas dikecam pelbagai pihak kerana didakwa akan menghalalkan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurut Darell, usaha kerajaan negeri ketika ini yang melaksanakan pendataan digital warga asing adalah idea asal kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Pada waktu itu, Tan Sri Muhyiddin telah mencadang tetapi diarahkan oleh jemaah menteri untuk berbincang dengan kerajaan negeri Sabah dan beliau telah berbuat demikian.

"Selepas beliau memberikan penerangan, kita dihentam dan tiada masa untuk memberikan penjelasan berkenaan PSS.

"Rakan-rakan kita ini yang mengkritik kita dengan baju hitam 'Black Sunday' hentam kita bertubi-tubi di media sosial, di Gaya Street, dan di Kimanis.

"Akhirnya mereka cadangkan yang sama, datangnya juga dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

"Perbezaannya, mereka telah sampai ke masa di mana mereka dapat menjelaskan apa itu kad warga asing ini atau PSS ini," katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan memaklumkan kerajaan Sabah meneruskan rancangan mengeluarkan pengenalan digital kepada warga asing yang berada di negeri berkenaan.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas mendapat persetujuan pelbagai pihak dalam sesi 'town hall', baru-baru ini.

Dalam sesi itu, Jawatankuasa Khas mengenai Pekerja serta Warga Asing Tanpa Dokumen Sah mendapat sokongan 89 peratus daripada peserta yang hadir bagi rancangan mengeluarkan pengenalan digital kepada warga asing di Sabah.

Sumber: astroawani

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments