Nak Ranking Cepat Naik? Harimau Malaya Diingat Jangan Ulangi Sejarah Hitam 2018

SKUAD bola sepak negara kini naik 30 anak tangga selepas empat tahun dan kini berada di tangga ke 147 dunia.

Ini selepas beberapa siri perlawanan yang menyaksikan skuad Harimau Malaya menumpaskan pasukan lebih tinggi ranking iaitu Hong Kong (ranking 147) dan Turkemenistan (134).

Kedudukan ranking sebenarnya amat penting dalam membawa kemajuan dalam bola sepak, selain menarik pasukan yang lebih tinggi untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

Seorang penyokong Malaysia, Wan Putera Rizman berkata, tahun 2018 paling malang buat sejarah bola sepak negara kerana menduduki tangga ke-178 dunia.

Antara aksi pemain Malaysia ketika menentang Turkmenistan baru-baru ini. — Bernama

"Waktu itu Malaysia jadi lubuk tiga mata untuk kelayakan Piala Dunia 2018 dan kelayakan Piala Asia 2019.

"Tahun demi tahun, Malaysia berjaya menduduki ranking ke 147 dunia iaitu sekarang. Ini kerana prestasi skuad Harimau Malaya yang cemerlang di kelayakan Piala Dunia 2022 dan kelayakan Piala Asia 2023.

"Nak cepat naik ranking? Kena pastikan persembahan terbaik dalam kelayakan Piala Asia dan kelayakan Piala Dunia," katanya.

Seorang lagi warganet, Mohammad Razman Abd Rahim berkata, Malaysia perlu melangkah ke ranking yang lebih baik untuk memastikan laluan mudah jika ada kelayakan Piala Dunia atau Piala Asia akan datang.

"Lagi satu, supaya pasukan yang mempunyai ranking lebih baik rasa tertarik untuk melakukan perlawanan persahabatan dengan kita berdasarkan prestasi semasa kedudukan ranking kita," katanya.

Pertemuan Malaysia dengan Hong Kong yang mempunyai ranking lebih baik berbanding pasukan negara. — Bernama

Menerusi prestasi semasa skuad Harimau Malaya kini, peluang untuk meningkatkan ranking semakin terbuka dan perlu digunakan sepenuhnya.

Pada Oktober tahun lalu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengakui pentingnya ranking bola sepak negara untuk naik.

Jelasnya, Malaysia tidak boleh terus mengadakan perlawanan persahabatan menentang negara di ranking lebih rendah jika ingin melihat kemajuan prestasi pasukan.

Tambahnya, Malaysia tidak menoleh ke belakang dalam mendepani cabaran intensiti permainan bola sepak moden dengan terus menyasarkan pasukan di ranking dunia lebih baik sebagai lawan untuk menguji keupayaan skuad kebangsaan.

Sumber: Majoriti

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments