'Nak Dapat Bantuan RM300 Pun Susah'

'Nak Dapat Bantuan RM300 Pun Susah'

SEPANG - "Bukannya minta RM3,000 sebulan, RM300 sahaja, itu yang saya rasa kesal."

Demikian keluhan seorang bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Ibrahim Kassim Bakry, 62 yang mentafsirkan proses memperbaharui Skim Bantuan Sara Hidup Veteran ATM ayahnya, Kassim Bakry Arshad, 85 menyusahkan hidupnya.

Mohd Ibrahim berkata, wang bantuan bernilai RM300 sebulan tersebut dimasukkan ke dalam akaun simpanannya sejak tahun 2012 hingga 2019.

Namun katanya, bantuan tersebut berhenti disalurkan kepadanya pada bulan Jun 2019 dan dia mendapat tahu permohonan skim tersebut perlu diperbaharui selepas menghubungi pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM.

"Selepas saya pergi JHEV ATM di Kuala Lumpur untuk mengisi borang pada September 2019, seorang pegawai penyiasat akan datang ke rumah bagi mengesahkan permohonannya.

"Namun bila kami terima maklum balas pada Mac tahun 2020 yang mengatakan bahawa ayah saya tidak termasuk dalam kategori kehidupan daif.

"Saya terkejut kerana pegawai penyiasat datang berjumpa dengan adik saya yang sedang berniaga, bukan ayah saya yang terlantar sakit akibat strok ringan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Kampung Labu Lanjut, Salak Tinggi, di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohd Ibrahim berkata permohonan untuk memperbaharui skim bantuan berkenaan dibuat pada kali kedua pada September 2021 selepas kecewa dengan keputusan yang diperolehnya.

Namun begitu, Mohd Ibrahim terus menerima keputusan yang mengecewakan apabila hasil laporan daripada pegawai yang menyiasat di rumahnya mendapati ayahnya tidak layak mendapat skim bantuan berkenaan.

Ujarnya, pegawai tersebut hanya memberikan laporan kepada ketuanya, dan keputusan akan dibuat oleh pihak tersebut.

"Saya juga ada datang ke (JHEV ATM) Kuala Lumpur pada Disember 2021 untuk berjumpa dengan salah seorang pegawai atasan di pejabat tersebut untuk menceritakan segala masalah saya.

"Sudahlah jaraknya bukan dekat dari rumah, tapi setibanya saya di sana, kerani di pejabat tersebut memaklumkan pegawai tersebut tidak ada di pejabat kerana menghadiri sebuah acara di Ipoh, Perak.

"Saya tidak puas hati kerana tidak dimaklumkan lebih awal atau diminta tidak perlu hadir pada hari tersebut," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Ibrahim berharap Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atau Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad mengambil maklum cara pegawai-pegawai mengendalikan proses permohonan skim bantuan ini.

Mohd Ibrahim juga kini menjaga ayahnya tanpa bantuan adik-beradik lain dengan pendapatan bulanan sekitar RM1,600 sebulan hasil bayaran daripada tiga unit rumah yang dia sewakan.

"Saya harap mereka pertimbangkan semula situasi terkini ayah saya kerana dia bukan baru memohon skim ini, sebaliknya dia memang menerima bantuan itu.

"Saya boleh bantu (jaga) ayah, tapi di mana letaknya jasa askar diperlakukannya begini, memang ada haknya.

"Walaupun saya juga bekas tentera, tapi saya terkilan melihat ayah saya yang daif, tidak berupaya dan tidak berharta. Apa lagi bila keputusan yang dibuat berdasarkan laporan siasatan juga sangat menghampakan," katanya.

Sumber : SinarHarian

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments