Mudahnya! Pemuda Ini Kongsi Cara Keluarkan Duit Tanpa Perlu Ke ATM
Mudahnya! Pemuda ini kongsi cara keluarkan duit tanpa
perlu ke ATM.Ciri MyDebit Cash Out merupakan sebuah ciri yang membolehkan anda
mengeluarkan wang terus melalui kaunter pembelian barangan tanpa perlu ke ATM
untuk tujuan pengeluaran.
Bermula 1 Julai nanti, bagi setiap transaksi secara
Mydebit Cash Out yang berjaya akan dikenakan sebanyak RM0.50. Kebanyakan bank
sudah pun mengeluarkan notis yang memaklumkan menyediakan perkhidmatan tersebut
di kedai-kedai runcit terpilih.
bank-bank lain seperti CIMB, HSBC, Bank Islam, OSBC dan
Standard Charted turut ikut serta dalam perubahan tersebut.
Namun adakah anda tahu apa sebenarnya Mydebit Cashout
dan bagaimana ia berfungsi? Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nur
Firdaus, berkongsikan penjelasan penuh berkenaan ciri baharu tersebut.
Sekejap, Mydebit Cashout ni apa benda?
Mydebit Cashout ini merupakan satu perkhidmatan untuk
pelanggan boleh mengeluarkan duit secara tunai di kedai-kedai runcit Mydebit
terpilih.
Bagaimana nak tahu kedai itu boleh lakukan Mydebit Cash
Out atau tak?
Kebiasannya peniaga tersebut akan letak notis kebenaran
untuk membuat transaksi secara Mydebit Cash Out. Jadi, kalau nampak ada notis,
bolehlah buat pengeluaran.
Kebiasaan peniaga akan menetapkan syarat minima untuk
pembelian barangannya sebelum membenarkan pengeluaran secara Mydebit Cash Out.
Contoh, situasi ada 2 iaitu
1. Pengeluaran secara penuh.
Si Ali beli coklat RM10 di runcit yang ada pengeluaran
Mydebit Cash Out dan ingin mendapatkan duit tunai sebanyak RM100. Bermakna
transaksi yang akan berlaku ialah RM110 dan RM10 daripadanya akan ditolak untuk
bayaran coklat tersebut. (Nanti 1 Julai dia tolak lagi RM0.50 untuk setiap
transaksi).
2. Pengeluaran secara baki
Ali buat pengeluaran RM100 dan juruwang kedai runcit
itu menolak RM10 (bayaran coklat) sebelum bakinya RM90 diberikan kepada Ali
secara tunai. (Nanti 1 Julai dia tolak lagi RM0.50 untuk setiap transaksi).
Menarikkan? Iyalah. Daripada anda kena caj RM1
pengeluaran tunai, lebih baik guna cara Mydebit Cash Out ni. Jimat RM0.50. Tapi
lepas usaha cari ATM sama dengan kad andalah kalau memang terdesak nak tunai.
Sumber: watandaily
0 Response to "Mudahnya! Pemuda Ini Kongsi Cara Keluarkan Duit Tanpa Perlu Ke ATM"