Malaysia Tersenarai Antara Pasukan Terbaik Dunia Perbaiki Ranking FIFA
Malaysia tersenarai sebagai antara pasukan terbaik
dunia yang berjaya memperbaiki ranking FIFA. Perkara ini dikongsikan FIFA dalam
satu hantaran di laman rasmi Instagram badan bola sepak dunia tersebut, hari
ini.
Selepas kecemerlangan Malaysia pada kempen kelayakan
Piala Asia dan perlawanan persahabatan yang lalu, Malaysia telah berjaya
melonjak naik sebanyak 7 anak tangga.
Kejayaan skuad kendalian Kim Pan Gon menewaskan pasukan
Brunei, Hong Kong, Bangladesh serta Turkmenistan telah meletakkan Malaysia kini
di ranking 147 dunia.
Malaysia mendapat gelaran The Biggest Climbers bersama
tiga negara lain, iaitu Greece, Cuba dan Kazakhtan.
Greece telah melonjak sebanyak 7 tangga (48), Cuba 10
tangga (167), Kazakhtan 11 tangga (114) dan Malaysia 7 tangga (147).
Konsistensi kecemerlangan Malaysia di bawah kendalian
Kim Pan-gon harus diteruskan pada kejohanan mendatang dalam usaha Malaysia
melonjak ke kedudukan 100 terbaik dunia.
Sumber: makanbola
0 Response to "Malaysia Tersenarai Antara Pasukan Terbaik Dunia Perbaiki Ranking FIFA"