Tongod: Kementerian Kerja Raya Sabah mengarahkan semua
kontraktor penyelenggaraan jalan raya di negeri ini supaya membaiki segera
kerosakan jalan raya di seluruh negeri.
Menterinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengeluarkan arahan
itu ketika pertemuan dengan kontraktor terbabit beberapa hari lalu.
"Saya sudah memanggil kontraktor yang
dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara dan memantau jalan raya di negeri ini
supaya membaiki segera laluan yang mengalami kerosakan akibat faktor cuaca.
"Pihak kontraktor perlu segera baiki jalan yang
berlubang dan mengalami kerosakan akibat banjir atau hujan lebat untuk
memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna," katanya pada program
bersama rakyat, di sini, semalam.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata
demikian sebagai mengulas isu jalan raya rosak dan berlubang yang kerap
diadukan pengguna jalan raya di negeri ini.
Bung Moktar berkata, kontraktor penyelenggaraan yang
diamanahkan memantau dan menjaga keadaan jalan raya perlu memastikan kemudahan
itu dalam keadaan baik dan selamat digunakan sepanjang masa.
Sementara itu, beliau berkata kementeriannya kini dalam
proses mengumpul data mengenai semua jalan raya di negeri ini bagi memudahkan
penyaluran peruntukan untuk penyelenggaraan dan menaik taraf jalan.
Sehubungan itu, beliau meminta pejabat daerah dan pihak
berkuasa tempatan (PBT) untuk menyenaraikan semua jalan raya di kawasan
masing-masing dan agensi atau kementerian yang bertanggungjawab terhadap jalan
raya terbabit.
Katanya, data itu penting bagi mengenal pasti sama jalan
raya terbabit terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR),
Kementerian Pembangunan Luar bandar atau PBT.
Beliau berkata, bank data jalan raya itu akan memudahkan
kementerian yang berkaitan merancang usaha mendapatkan peruntukan sama ada
daripada negeri atau persekutuan.
"Berlaku kekeliruan orang ramai membuat aduan kerosakan
jalan raya apabila ia sering diajukan kepada Kementerian Kerja Raya, sedangkan
jalan raya terbabit di bawah pengurusan Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
majlis daerah atau kalau jalan estet oleh pihak pengurusan estet berkenaan.
"Sehubungan itu bank data jalan raya ini perlu bagi
memastikan jalan raya dikendalikan oleh pihak mana selain memudahkan pihak
kerajaan menyalurkan peruntukan sama ada untuk membaiki kerosakan atau menaik
taraf jalan raya terbabit," katanya.
Bung Moktar menambah, beliau juga sudah membangkitkan
perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini.
Beliau berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar termasuk semua pejabat daerah bagi
mewujudkan bank data jalan raya di negeri ini yang membabitkan 73 kawasan DUN.
"Di Sabah ini, ada beberapa kategori jalan raya yang
tidak diberi peruntukan iaitu jalan kayu balak, jalan estet, jalan pertanian
dan jalan tanah liat. Sebab itu penting bagi kita membuat satu data berhubung
status jalan raya," katanya.
Lihat apa respon Bung Moktar apa bila dirinya acapkali
diminta untuk betulkan jalan di Sabah
@kisahjalann manteri yg luarbiasa ramai nya peminat,.ada yg suka ada yg tidak suka ada yg pandai ada yg terlebih pandai sama ada juga peminat yg tersalah masa makan ubat(Perliman perbahasan Bung dulu)#adikberadik #2022tiktok #tiktokmalaysiaviral #viraltiktok #fyp #foryou #fypã‚· #fypdongggggggg #kinabatangan #tuarantiktok #inilahbarisankita #kitakitajugabaini #bungmokhtar #prnsabah ♬ suara asli - user2956420117509