Kerajaan Masih Ada Dana Untuk Teruskan Subsidi Petrol, Diesel - Zafrul

Kerajaan masih memiliki dana yang mencukupi untuk menyediakan subsidi bahan api kepada rakyat meskipun peningkatan harga minyak mentah global.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan masih ada wang mencukupi untuk menyokong rakyat dari segi melindungi mata pencarian mereka terutamanya kumpulan rentan.

"Sasaran inflasi kita (tahun ini) masih dalam jajaran yang kita nyatakan sebelum ini - antara 2.3 dan 3.3 peratus," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Rangka Kerja & Sasaran Kemampanan Khazanah: Melabur dalam Peralihan Mampan 2022, di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata kerajaan akan terus memantau harga minyak global untuk melihat pelan jangka panjang, yang mana satu daripadanya adalah untuk melaksanakan subsidi bersasar.

Seperti yang kerajaan nyatakan sebelum ini, amaun subsidi bagi tahun in dijangka mencecah RM70 bilion, bermakna subsidi bahan api akan mencecah RM30 bilion. Kita membuat unjuran berasaskan kepada harga minyak Brent. Bulan lepas (Mei), ia (subsidi bahan api) telahpun mencecah RM5 bilion sebulan.

"Bagaimanapun, pada masa ini kerajaan akan terus memperuntukkan subsidi. Kita masih dapat membantu rakyat menerusi subsidi, jadi kita akan teruskan,” katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan tidak berhasrat meminta dividen tambahan daripada Petronas untuk menanggung subsidi buat masa ini.

"Kita akan melihat semua (pilihan). Daripada hasil kerajaan, Alhamdulillah, ia semakin meningkat kerana hasil kita juga bergantung kepada harga komoditi. Syarikat seperti Petronas juga mengumumkan kedudukan kewangan mereka yang kukuh (namun) sama ada kami akan meminta lebih banyak dividen daripada Petronas, kita belum bincangkan lagi.

"Hasil kerajaan juga meningkat walaupun kenaikannya tidak setinggi peningkatan subsidi. Kita akan terus memantau kerana ia bukan hanya fenomena di Malaysia sahaja tetapi juga di seluruh dunia,” katanya.

Sumber: Bernama

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments