Kemaskini Permohonan BKM 2022 Anda Sekarang!
Kemaskini Permohonan BKM Fasa 2 2022 kini boleh dibuat pada
minggu ini sehingga 30 Jun 2022.
Kemaskini maklumat BKM ini adalah untuk penerima yang telah
lulus status dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.
Tujuan Kemas Kini BKM
Kemaskini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah untuk
membolehkan Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus mengemaskini maklumat asas
seperti maklumat berikut:
1.
Nombor telefon rumah
2.
Nombor Telefon Bimbit
3.
Alamat emel
4.
Nama dan Nombor Akaun Bank*
5.
Maklumat Perwakilan
*Terhad kepada akaun bank pemohon sekiranya status
pembayaran BKM 2022 adalah Gagal Kredit atau Tunai sahaja
Tarikh Kemaskini Maklumat BKM
LHDN telah mengumumkan tarikh penerima Bantuan Keluarga
Malaysia BKM untuk mengemaskini bagi fasa 2.
Tarikh kemaskini dibuka mulai 20 Jun 2022 sehingga 30
Jun 2022.
Cara Semak Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)
1.
Layari https://bkm.hasil.gov.my/
2.
Klik Log Masuk
3.
Setelah berjaya log masuk, klik Semakan Status.
4.
Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua
maklumat bertanda *
5.
Klik Teruskan
6.
Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha
7.
Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan
8.
Klik Butang Hantar bagi meneruskan permohonan
9.
Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang
Cetak untuk simpan rekod permohonan
Rujuk langkah bergambar di bawah:
Boleh tekan peti mel jika nak tengok maklumat pembayaran
seperti di bawah:
Cara Penyaluran Bayaran
Bayaran akan dikreditkan secara berperingkat melalui akaun
bank yang didaftarkan, sebagaimana sebelum ini.
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, termasuk di
Sabah & Sarawak, anda boleh menerima bayaran melalui cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN).
Sila rujuk notis tuntutan pembayaran oleh BSN dalam lampiran
di bawah:
Maklumat Lanjut
Untuk info terkini dan maklumat penuh tentang Bantuan
Keluarga Malaysia, sila rujuk laman web rasmi BKM di pautan berikut:
https://bkm.hasil.gov.my
0 Response to "Kemaskini Permohonan BKM 2022 Anda Sekarang!"