Kedai Tepi Jalan Jual Pisang Goreng Pun Tidak Terlepas Op Kesan

SHAH ALAM – Semua kedai tepi jalan termasuk yang menjual nasi lemak dan pisang goreng tidak terkecuali daripada Op Kesan bagi mengesan mereka yang tidak mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, ini berikutan berdasarkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) mewajibkan majikan mencarum sekiranya mempunyai walaupun seorang pekerja.

“Kalau mereka ada seorang pekerja sama ada kedai tepi jalan (jual) pisang goreng dan nasi lemak pagi-pagi, sila daftar dan carum. Tidak ada sesiapa akan terlepas dalam Ops Kesan ini dan (majikan) jangan lihat ini sebagai bebanan.

@malaysiagazette Penjual Goreng Pisang Tepi Jalan Pun Kena Carum Perkeso!#malaysiagazette #fyp ♬ bunyi asal - malaysiagazette

“Kalau ada caruman Perkeso, insyaAllah dari segi perubatan, pemulihan, hilang upaya dan berlaku kematian (sekiranya), keluarga mereka akan terjamin,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu beliau melancarkan Ops Kesan Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) sebelum menyertai operasi di sekitar Seksyen 15, di sini.

Mohammed Azman menjelaskan caruman Perkeso adalah minimum dan tidak akan membebankan para majikan.

“Kalau ambil gaji minimum RM1,200, caruman yang perlu dicarum majikan adalah 1.75 peratus dan pekerja 0.5 peratus.

“1.75 peratus dari RM1,200 hanya sekitar RM20 sahaja. Wang itu (RM20) kalau digunakan untuk makan dan minum mungkin sudah habis,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelaksanaan operasi itu selepas tamat tempoh pemutihan pada hujung Mei lalu.

“Sepanjang sebulan tempoh tersebut, sebanyak 8,843 majikan baharu telah tampil mendaftar dengan merekodkan peningkatan memberansangkan lebih 14 peratus berbanding dengan jumlah majikan baharu yang mendaftar pada bulan April 2022, iaitu sebanyak 7,709

majikan.

“Bagi Op kesan pula sejak dilancarkan 9 pagi tadi mendapati 202 kompaun dan tujuh arahan pematuhan dikeluarkan daripada 1,258 majikan yang telah dilawati pihak kami,” katanya.

Sumber: KOSMO!ONLINE

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments