JPJ Gesa Orang Ramai ‘Renew’ Lesen Memandu Sebelum 30 Jun Ini

JPJ gesa orang ramai ‘renew’ lesen memandu sebelum 30 Jun ini. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan kepada semua pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk memperbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun ini.

JPJ dalam hantaran Facebooknya memaklumkan, pemegang lesen tersebut melibatkan individu yang telah diberikan pelanjutan tempoh keesahan (kuat kuasa) atau tamat tempoh bermula 13 Januari 2021.

“Antara jenis lesen tersebut adalah Lesen Belajar Memandu (LDL) tamat dalam tempoh dua tahun boleh dibuat melalui JPJ dan Pejabat Pos.

“Lesen Memandu Percubaan (PDL) melebihi satu tahun dan Lesen Vokasional (PSV/GDL) melebihi tiga tahun hanya di JPJ. Manakala, Lesen Memandu Kompeten (CDL) melebihi tiga tahun boleh dibuat JPJ, Pejabat Pos dan MyEG,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Tambah kenyataan itu, pembaharuan lesen berkenaan bagi mengelakkan mereka mengambil ujian semula untuk memperbaharui lesen tersebut.

“JPJ boleh mengambil tindakan saman disebabkan tempoh kebenaran untuk tidak memperbaharui lesen sehingga 31 Disember 2021 sahaja.

“Kalau ditahan selepas 30 Jun 2022, pemilik boleh disaman atas kesalahan tiada lesen memandu,” kata kenyataan itu.

Sumber: gemilangdaily

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments