JDT Jadi Inspirasi Kejayaan Harimau Malaya -Pan Gon

BUKIT JALIL: Membimbing Malaysia menamatkan penantian 42 tahun layak beraksi secara merit ke Piala Asia 2023 bukanlah satu tugas mudah buat Kim Pan Gon.

Namun pengendali kelahiran Korea Selatan ini tetap merendah diri dengan kejayaan diraih Harimau Malaya malah menganggap dirinya sebagai jurulatih ‘kecil’.

Katanya lagi, kejayaan bersejarah dicapai bukanlah hanya kerana dia seorang tetapi sokongan diberikan semua pihak buatnya membangunkan bola sepak negara ini.

“Awak tahu saya jurulatih ‘kecil’, saya datang ke sini, saya minta semua orang membantu dan mendapat sokongan istimewa daripada pasukan Liga Super dan saya minta banyak daripada FAM, saya rasa ia mencabar buat mereka tetapi dia (presiden) cuba yang terbaik bagi menjadikan ia kenyataan.

“Seperti dalam kem latihan, kami banyak berubah dalam aspek infrastruktur, kami ada yang terbaik.

“Saya tidak buat apa-apa, semua orang di sini melakukan tugas yang bagus,” katanya.

Pada perlawanan terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia itu, Malaysia mencatat kemenangan selesa 4-1 untuk mengumpul enam mata bagi tempat kedua di belakang Bahrain seterusnya menempah tiket ke kejohanan itu selaku lima pasukan naib juara terbaik.

Pengendali dari Korea Selatan berusia 53 tahun itu juga berkongsi resepi kejayaan dengan menjadikan pencapaian baik Johor Darul Ta’zim’s (JDT) yang layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC buat kali pertama April lalu sebagai contoh bagi membimbing pasukannya ke Piala Asia.

Tambahnya lagi selain JDT, kelab tempatan lain juga memainkan peranan bagi menghasilkan pemain berkualiti.

“Saya boleh melihat ramai pemain berpotensi dan bagus, inilah yang dilakukan bola sepak Malaysia, bukan saya,” katanya.

Pan Gon dilantik selaku pengendali pada 2 Januari lalu menggantikan Tan Cheng Hoe yang meletakkan jawatan dengan sasaran diletakkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ialah layak ke Piala Asia dalam tempoh dua tahun.

Pan Gon yang pernah beraksi bersama kelab Ulsan Hyundai dan Jeonbuk Hyundai Motors di Korea Selatan pada era 1990-an, memulakan karier kejurulatihan selaku penolong jurulatih Busan IPark FC (2005-2008), ketua jurulatih kebangsaan Hong Kong (2009-2010), penolong jurulatih Gyeongnam FC (2011) dan kembali ke Hong Kong (2012-2017).

Sumber: utusan

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments