Jawatan Kosong SPANS / Jabatan Bendahari Negeri Sabah - Pelbagai Bidang & Jawatan Ditawarkan
Permohonan Jawatan Kosong Jabatan
Bendahari Negeri Sabah.
Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang
ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang
diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini
sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong
terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara
Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Jabatan Bendahari Negeri Sabah
bagi jawatan bertaraf Tetap / Kontrak seperti berikut :
1. AKAUNTAN GRED WA41
-
Bilangan Kekosongan : Dua (2)
-
Taraf jawatan : Sementara
-
Jadual Gaji : Gred WA41 RM2,094 -
RM9,585.00
-
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
-
Tempat kekosongan: Kota Kinabalu (1), WP
Labuan (1)
-
Diskripsi Tugas : Mengendalikan
pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat
Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kewangan.
2. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29
-
Bilangan Kekosongan : Tujuh (7)
-
Taraf Jawatan : Tetap
-
Jadual Gaji : GRED W29: 1,498.00 –
RM5,678.00
-
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
-
Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu (6),
Keningau (1)
-
Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab
melaksanakan, menyelia system dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran
gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku
tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.
3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
-
Bilangan Kekosongan : Lima Puluh (50)
-
Taraf Jawatan : Tetap
-
Jadual Gaji : Gred W19: 1,353.00 –
RM4,005.00
-
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
-
Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu (50),
Sandakan (1), Kudat (1), Keningau (3), Kota Belud (3), Kuala Penyu (4),
Beaufort (2), Beluran (1), Sipitang (1), Tenom (1), Lahad Datu (1)
-
Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab
menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan
Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan,
perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan
pinjaman.
4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
-
Bilangan Kekosongan : Sebelas (11)
-
Taraf Jawatan : Sementara
-
Jadual Gaji : Gred W19: 1,353.00 –
RM4,005.00
-
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
-
Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu (9),
Sandakan (1), WP Labuan (1)
-
Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab
menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan
Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan,
perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan
pinjaman.
Cara Memohon :
i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA
dengan melayari laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di
alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php ATAU sila klik pada pautan
link "permohonan jawatan secara online" dibawah.
ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara
ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang
dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang
diiklankan di dashboard calon.
iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan
sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang
jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap
permohonan mereka tidak berjaya.
v. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad
pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] /
sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan
dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk
ditemuduga kelak.
TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 4
JULAI 2022, JAM 11.59 MALAM.
Permohonan jawatan secara online
Sumber: Kerjakosongsabah
0 Response to "Jawatan Kosong SPANS / Jabatan Bendahari Negeri Sabah - Pelbagai Bidang & Jawatan Ditawarkan"