IsIsu Subsidi, Kos Sara Hidup: 'Umum Dalam 24 Jam Atau Letak Jawatan!' - PH
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengumumkan sepenuhnya pelan
menangani isu subsidi dan kos sara hidup dalam tempoh 24 jam.
Sekiranya gagal, menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam isu
kos sara hidup wajib meletakkan jawatan.
Itu yang ditegaskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam
satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, keadaan rakyat dijangka akan bertambah parah
apabila harga barang dilihat bakal meningkat.
Pada ketika ini, kerajaan belum mengumumkan sebarang mekanisme,
dana serta garis masa pelaksanaan subsidi bersasar walaupun hanya tinggal lebih
kurang seminggu hingga terhapusnya subsidi dan harga siling.
Ini tidak memberi banyak masa kepada rakyat untuk bersiap sedia
menghadapi peningkatan kos sara hidup yang berkemungkinan meningkat berkali
ganda.
Tegas Majlis Presiden PH, ini bukan langkah yang proaktif mahupun
bertanggungjawab.
Kata kenyataan itu lagi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
menegur berkali-kali di Parlimen tentang kelewatan majlis tindakan kos sara hidup
negara bermesyuarat serta mengambil tindakan tahun lalu.
Isu subsidi, kos sara hidup: 'Umum dalam 24 jam atau letak
jawatan!' - PH

Namun, rakyat terus menyaksikan betapa lembabnya tindakan para
menteri dalam menangani masalah kos sara hidup.
Semalam, diumumkan subsidi minyak masak tulen berbotol serta harga
siling bagi telur dan ayam akan dihapuskan mulai 1 Julai.
Sumber: astroawani
0 Response to "IsIsu Subsidi, Kos Sara Hidup: 'Umum Dalam 24 Jam Atau Letak Jawatan!' - PH"