‘Guru Sila Panggil Tukang Gunting Rambut, Bukan Potong Ikut Suka’

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial berhubung isu guru memotong rambut pelajar sekolah yang dikatakan ‘ikut suka hati’ sehingga menyusahkan pelajar terbabit dan ibu bapa.

Menjadi kebiasaan, sekiranya seseorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan sekolah, pastinya akan ada hukuman dikenakan.

Namun, luahan seorang pengguna media sosial baru-baru ini telah menarik perhatian orang ramai dan pelbagai reaksi turut diberikan.

Menurut pengguna tersebut, dia kurang senang dengan tindakan guru sekolah yang memotong rambut pelajar tanpa mengikut gaya sepatutnya sehingga ada yang bertindak membotakkan rambut pelajar terbabit.

“Kepada sahabat saya cikgu-cikgu sekolah, sakit hati dan sakit mata saya tengok.

“Apa tindakan yang perlu cikgu ambil adalah panggil tukang gunting rambut, terus gunting rambut pelajar, suruh pelajar bayar upah gunting, bayar denda dan selesa,” cadangnya.

Sehubungan itu, seorang pengguna Facebook, Mohd. Fadli Salleh menyelar kata-kata pengguna tersebut dan menganggap tugas memastikan rambut pelajar itu kemas adalah tanggungjawab ibu bapa.

“Apa benda anak kau rambut panjang, cikgu yang kena panggil tukang gunting ke sekolah? kau ingat anak kau siapa?.

“Sudah itu kau tak reti nak bawa anak ke kedai gunting rambut?,” katanya menerusi satu hantaran semalam.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menyokong dengan pendapat Mohd. Fadli kerana menjadi peranan ibu bapa mendidik anak untuk patuh pada peraturan sekolah.

“Kalau aku jadi ibu bapa, memang aku setuju cikgu buat macam itu, biar mereka faham itu salah, ibu bapa ajar anak dari rumah, sifat anak cerminan ibu bapa sendiri,” ujar Aliff Luqman.

Sumber: KOSMO! ONLINE

!-- iklan tengah postingan -->