Geran Pelancaran JKM: Bantuan one-off RM2,700 Untuk Mulakan Perniagaan Kecil-kecilan
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada
tahun lalu, terlalu ramai yang telah terjejas akibat kehilangan pekerjaan atau
terputus punca pencarian. Apatah lagi kepada mereka yang sememangnya sedia
kurang berkemampuan. Maka, ramai yang beralih arah dengan membuka perniagaan
secara kecil-kecilan bagi menampung kehidupan seharian.
Akan tetapi, membuka perniagaan juga memerlukan modal dan
tidaklah semudah yang disangka. Nampaknya, sejak beberapa tahun lalu Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) ada memperkenalkan skim bantuan Geran Pelancaran
kepada mereka yang memerlukan.
Melalui bantuan ini, pemohon yang layak akan menerima
bantuan kewangan one-off sebanyak RM2,700 bagi tujuan:
-
Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang
produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga.
-
Mewujudkan program pembangunan dan
pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.
Kriteria kelayakan:
-
Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
-
Kumpulan sasar JKM.
-
Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
-
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak
dipertimbangkan dengan kelulusan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM).
Syarat khusus:
-
Bantuan hanya disediakan kepada penerima bantuan
JKM sedia ada sahaja.
-
Jika bukan penerima bantuan sedia ada, pemohon
boleh membuat permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.
-
Sekiranya layak menerima bantuan bulanan, maka
permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan.
Cara memohon:
-
Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian terdekat
-
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon
diminta membawa dokumen sokongan seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama, salinan
sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata
gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan
-
Borang permohonan juga boleh didapati secara
atas talian di sini.
Jika ada sebarang kemusykilan, pemohon boleh menghubungi
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan atau layari laman rasmi JKM di sini.
0 Response to "Geran Pelancaran JKM: Bantuan one-off RM2,700 Untuk Mulakan Perniagaan Kecil-kecilan"