Ebit Lew Hadiah Motor Baharu Untuk Penghantar Makanan

PETALING JAYA – Bantuan yang dihulurkan pendakwah bebas, Ebit Lew yang membelikan sebuah motor baharu bagi seorang penghantar makanan mencuri tumpuan orang ramai di media sosial.

Ebit dalam satu hantaran di Facebook meluahkan rasa sebak apabila melihat orang ramai berkongsi rakaman video penghantar makanan berkenaan yang membawa anaknya sambil bekerja.

“Saya terharu dapat berjumpa. Saya hadiahkan motor baru untuknya dan minta adik ini cari pengasuh untuk anaknya nanti saya akan bantu bayar bulanan pengasuh,” tulisnya.

@ustazebitlew Hadiah motor untuk abg foodpanda viral #ebitlew#fyp#ebitlew#fyp ♬ Di Luar Kemampuanku - Ukays

Tambah Ebit, pemuda berkenaan bekerja keras demi mencari rezeki sebagai penghantar makanan menggunakan motor yang dipinjam dari ibu mentuanya.

Dalam pada itu, beliau turut berpesan di saat kita merasa susah, pasti ada orang lain yang lebih memerlukan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mendoakan kesejahteraan Ebit yang sentiasa membantu rakyat yang dalam kesusahan.

“Sebaik-baik seorang manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain, buat orang lain tersenyum, terima kasih ustaz kesayangan,” tulis Adrian Edy.

“Syukur alhamdulillah tersentuh hati bila tengok video ini. Semoga Allah permudahkan semua jalan kita,” kata pengguna lain.

“Mengalir air mata saya. Semoga murah rezeki selalu sebab tolong orang-orang susah. Saya sedih tengok anak tidur macam itu,” luah Isma Izzah.

Sumber: KOSMO! ONLINE. TikTok @ustazebitlew

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments