Dua Sekolah Malaysia Dalam Senarai 10 Teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR: Dua Sekolah Amanah Malaysia disenarai pendek sebagai 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.

Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang tercalon bagi kategori 'Inovasi' manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang, Selangor tercalon bagi kategori 'Menangani Cabaran'.

T4 Education dalam kenyataan hari ini memaklumkan anugerah yang dilancarkan pada tahun ini dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express itu menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai AS$250,000.

Menurut kenyataan itu tiga finalis terbaik akan dipilih untuk setiap lima kategori Anugerah Sekolah Terbaik Dunia iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyokong Kehidupan Sihat.

Pemenang bagi setiap kategori yang akan diumum pada Minggu Pendidikan Dunia, 16 hingga 21 Oktober depan akan menerima AS$50,000.

Pengasas T4 Education dan Anugerah Sekolah Terbaik Dunia, Vikas Pota dalam kenyataan itu berkata sekolah disenarai pendek tersebut dipilih menerusi penceritaan kisah-kisah inspirasi sekolah yang mengubah kehidupan murid, membawa perubahan sebenar kepada komuniti serta menjadi sekolah contoh kepada orang ramai.

"Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada SK Kempadang dan SMK Kampong Jawa atas kejayaan disenarai pendek dalam 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia yang julung kali diadakan. Kini, para pendidik di seluruh dunia akan dapat belajar daripada sekolah-sekolah Malaysia yang cemerlang ini," katanya.

Sumber: BERNAMA

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments