Dibelasah Brazil Pengajaran Berguna Buat Korea Selatan

SEOUL: Kapten Korea Selatan, Son Heung-min berharap kekalahan 5-1 di tangan Brazil pada aksi persahabatan semalam akan menjadi pengajaran berguna buat pasukan itu yang akan bermain pada Piala Dunia nanti.

Penyerang Tottenham Hotspur itu gagal menemui gawang ketika pemenang lima kali Piala Dunia, Brazil mencipta kemenangan di depan 64,000 penyokong dekat Stadium Piala Dunia di Seoul.

"Menjadi satu penghormatan dapat belajar sesuatu daripada pasukan berkelas dunia seperti itu," kata Son kepada Agensi Berita Yonhap. "Ia perlawanan sangat sukar buat kami, tapi ia peluang untuk belajar sesuatu yang hebat.

"Mereka adalah pemain yang boleh mengeksploitasi walaupun hanya sedikit kesilapan, dan kami perlu perbaiki aspek berkenaan," katanya.

"Sebahagian besar daripada lima gol mereka jaringkan adalah kerana kesilapan kami sendiri. Selain itu adalah sesuatu yang bagus buat kami mencipta peluang jaringan berdepan pasukan yang amat kuat."

Korea Selatan juga akan menentang Chile, Paraguay dan Mesir bulan ini ketika mereka bersedia bagi penampilan ke-10 berturut-turut dalam Piala Dunia di Qatar hujung tahun ini.

"Ia mungkin bukanlah keputusan terbaik dimahukan penyokong, kami juga kecewa," kata Son. "Kami faham perjalanan masih jauh. Tapi kami akan melakukan yang terbaik hingga Piala Dunia dan membuatkan penyokong kami tersenyum." - REUTERS

Sumber: bharian

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments