Chong Wei Nafi Kaut RM329 Juta

Chong Wei Nafi Kaut RM329 Juta

Kuala Lumpur: Tular video baru-baru ini memaparkan jumlah pendapatan diterima bekas jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sepanjang pembabitannya dalam sukan itu secara profesional sebanyak USD$75 juta (RM329 juta).

Hantaran video yang dikeluarkan portal sukan badminton Indonesia (mainraket) itu turut menyenaraikan beberapa nama besar lain yang juga berada dalam kalangan pemain badminton dengan pendapatan tinggi seperti Lin Dan juga Chen Long.

Bagaimanapun, Chong Wei menafikan dakwaan dan data yang dikeluarkan itu selain menyifatkan ia adalah taktik yang digunakan untuk tujuan menaikkan rating atau menambah jumlah pengikut portal terbabit.

"Itu semua palsu. Kalau betul cuba keluarkan satu kenyataan dan nyatakan bagaimana pengiraan yang dibuat. Jangan main keluarkan sahaja. Kalau mahu cari pengikut atau data jangan guna cara ini, ia sangat tak bagus.

"Saya rasa kalau minta mereka berikan pengiraan secara terperinci mesti tak akan boleh. Jangan berikan angka yang besar sahaja tapi mesti perincikan dari mana datangnya jumlah wang itu.

"Memang betul setiap kali kejohanan yang saya sertai itu ada hadiah wang tunai yang diberikan. Tapi jumlah saya terima tak sampai pun tahap seperti dinyatakan mereka itu.

"Semua ini tak betul, kalau ianya betul saya tak akan nafikan semua itu. Saya pun akan gembira dengan apa yang saya dapat."

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 itu juga tidak mahu memperbesarkan lagi perkara itu kerana dia sendiri memahami keadaan semasa dan juga kebebasan media yang membolehkan pengguna memuatnaik apa sahaja maklumat walaupun ianya palsu.

Sumber: hmetro

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments