Proses membeli rumah amat merumitkan. Secara ringkasnya, ramai diantara kita memerlukan dana pinjaman membeli rumah kerana siapa yang mampu berbelanja wang sebesar RM100K dan ke atas sekaligus. Melainkan si pembeli memiliki harta kekayaan yang melimpah-limpah dan tak habis ditelan masa.
Mahu atau tidak, demi memiliki aset atau tempat berteduh, terpaksalah sesiapapun memohon pinjaman dari bank. Tapi bukan mudah. Ada banyak jaminan yang dituntut pihak bank terhdapa kredibiliti pemohon agar mereka diyakini mampu dan berdisiplin membayar semula hutang pinjaman.
Sekaligus mencabar golongan yang bekerja sendiri yang tentu sekali mempunyai pendapatan tidak tetap dan tidak mempunyai slip gaji. Mujur terdapat skim program perumahan yang mampu milik yang disediakan oleh BSN.
Kerjasama kerajaan dan BSN memfokuskan agar lebih ramai memiliki aset tempat tinggal terutama bagi golongan B40.
BSN MyHome Skim Pinjaman Perumahan Rakyat (PPR)
Produk Pinjaman Perumahan untuk membantu golongan yang
bekerja sendiri atau yang tidak berpendapatan tetap dengan syarat-syarat
pemohon seperti yang ditetapkan oleh pihak Bank Simpanan Nasional Berhad.
Pembiayaan sehingga RM300,000
Ciri-Ciri Manfaat
-
Pembiayaan sehingga RM300,000.
-
Margin pembiayaan sehingga 100% (termasuk MRTA /
MRTT & LTHOT).
-
Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.
Syarat Kelayakan
-
Warganegara Malaysia berumur 18 – 60 tahun
-
Pemohon Individu / Bersama
-
Mempunyai bukti bekerja sendiri
-
Pendapatan minimum RM1,000 sebulan
-
Untuk pembiayaan rumah pertama dan untuk didiami
sendiri sahaja
-
Bagi pembiayaan hartanah kos rendah atau
sederhana sahaja
-
Masih belum mengambil pinjaman perumahan dengan
lain-lain institusi kewangan
-
Wajib mempunyai akaun BSN Giro/i / BSN Giro/i
account holder.
Kadar Faedah / Interest
-
Tempoh pinjaman 30 tahun
-
Margin pinjaman 90%
Cara Mohon
Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan melayari
laman web https://www.bsn.com.my/PersonalBanking/Loans/bsn-myhome-ppr
Maklumat Lanjut
-
Tel : 1300 88 1900 / 03-2613 1900 (Luar Negara)
/ (Overseas)
-
Faks / Fax : 03-2613 1888
-
Emel / Email : customercare@bsn.com.my
Bin Ahmad
ReplyDelete