Bomba, Polis Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri Di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki berusia 38 tahun yang cuba membunuh diri dalam rumahnya di sebuah taman perumahan di Sepanggar, di sini malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, panggilan kecemasan diterima berhubung kejadian itu pada jam 11.56 malam tadi.

Pemanggil yang merupakan adik kepada mangsa memberitahu abangnya tidak membuka pintu dan mengugut untuk membunuh diri.

Setibanya pasukan bomba diketuai Pegawai Operasi, PBKII KUP Mohd. Yusri Jamrin daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas di tempat kejadian, mereka membantu pihak polis untuk membuka pintu pagar dan pintu hadapan rumah.

Mangsa ditemui terbaring di dalam rumah bahagian ruang tamu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan seterusnya diberikan rawatan oleh pihak ambulans di tempat kejadian.

Mangsa kembali sedar dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi ditamatkan pada jam 1.02 pagi tadi.

Sumber: wartaoriental

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments