Kita sedia maklum bahawa bayaran Bantuan Keluarga Malaysia
(BKM) Fasa 2 akan mulah dilaksanakan pada 27 Jun 2022 nanti.
Bayaran BKM Fasa 2 ini akan melibatkan peruntukan sebanyak
RM1.11 bilion dan setiap penerima bakal menerima bayaran sehingga RM500
mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing.
Selain itu, Kerajaan bersetuju akan memberi Bantuan Tambahan
Tunai khusus kepada golongan B40 dimana ianya telah memperuntukkan sebanyak
RM630 juta bagi memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima.
Oleh itu, kali ini pihak kami ingin kongsikan kepada anda
jumlah keseluruhan bayaran yang bakal diterima oleh penerima pada bayaran fasa
kedua kali ini. Ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM FASA 2)
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai
Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan
kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi
manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
Untuk makluman, Bantuan Tunai Tambahan sebanyak RM50-RM100
akan diberikan kepada setiap isi rumah B40 dan bujang bertujuan untuk
meringankan beban kewangan khusunya golongan B40 terutamanya dalam menyambut
Aildiladha tidak lama lagi.
Secara keseluruhannya, RM1.74 bilion telah diperuntukkan
untuk memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima daripada golongan yang
berpendapatan rendah dalam pelaksanaan BKM fasa 2 ini.
BAYARAN FASA 2 TELAH MASUK
Berikut adalah 'skrinshot' yang sempat kami dapatkan melalui
perkongsian di media sosial. Individu tersebut mendakwa bahawa bayaran telah
pun masuk.
Tidak mustahil yang bayaran BKM fasa kedua ini telah mula
dikreditkan. Ini kerana, pada kebiasaannya, bank seperti BSN akan awal sehari
daripada tarikh yang telah ditetapkan.
JUMLAH BAYARAN BKM FASA 2
Berikut adalah jumlah keseluruhan yang bakal diterima
setelah di campur dengan bayaran Tambahan Tunai RM100 & RM50 :
1. Kategori Isi
Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah :
-
Tiada Anak : RM200 + RM100 (BTT) - RM300
-
1 - 2 Anak : RM300 + RM100 (BTT) - RM400
-
3 - 4 Anak : RM400 + RM100 (BTT) - RM500
2. Kategori Isi
Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi
Rumah Warga Emas (RM300)
-
Tiada Anak : RM200 + RM100 (BTT) - RM300
-
1 - 2 Anak : RM 300 + RM100 (BTT) - RM400
-
3 - 4 Anak : RM400 + RM100 (BTT) - RM500
3. Kategori Isi
Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan
amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)
-
1 - 2 Anak : RM300 + RM100 (BTT) - RM400
-
3 - 4 Anak : RM300 + RM100 (BTT) - RM500
4. Kategori Bujang
dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak - Pemohon berumur 60 tahun dan
ke atas :
Bagi kategori bujang pula, Bayaran Tambahan Tunai hanya
diberikan berjumlah RM50 dan menjadikan jumlah yang akan di terima berjumlah
RM200.
NOTA
Bagi Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak
Mempunyai Anak - Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah, bayaran hanya akan
melalui dua fasa sahaja dan bayaran berikutnya pada Fasa 3.
BTT : BANTUAN TAMBAHAN TUNAI
SEMAKAN BKM FASA 2
Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran,
anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status kelayakan
anda.
Semakan Status BKM Terkini
1. Klik Log Masuk
Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan
yang anda telah daftarkan sebelum ini.
2. Setelah berjaya
log masuk, klik semakan Status
3. Sila semak kata
keselamatan, jika betul, masukkan kata lalun BKM
4. Kemudian, klik
'PETI MEL'
5. Klik perkataan
'SURAT'
6. Klik 'PERMOHONAN
BKM 2022'
7. Akan dipaparkan
maklumat seperti berikut :
(Dengan ini permohonan anda telah berjaya dihantar. Sila
rujuk BKM untuk semakan permohonan)
Jika anda telah membuat semakan ini, anda boleh menunggu
maklumat tentang tarikh semakan status kelulus permohonan BKM 2022 anda.
Semakan Status Kelulusan Permohonan BKM 2022
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status kelulusan
permohonan BKM 2022 anda :
1.
Layari web rasmi BKM iaitu :
https://bkm.hasil.gov.my
2.
Sila isi No. Kad Pengenalan
3.
Sila lengkapkan 'CAPTCHA'
4.
Klik 'SEMAK'
5.
Maklumat pemohon BPR sebelum ini akan dipaparkan
6.
Jika permohonan anda LULUS, maklumat seperti
status bayaran, jumlah dan fasa akan dipaparkan
7.
Jika permohonan anda GAGAL, maklumat KOD TIDAK
LULUS/GAGAL akan dipaparkan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga
Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di
https://budget.mof.gov.my/2022/