BKM Bujang Fasa 2 – Berapa Yang Anda Akan Dapat?
Status semakan BKM Bujang kini boleh dibuat di portal
rasmi Bantuan Keluarga Malaysia kategori bujang 2022.
Untuk pembayaran BKM Bujang Fasa 2 ini akan dibayar
pada bulan Jun ini. Manakala Fasa 1 telahpun dibayar pada bulan Mac 2022 yang
lalu.
Untuk Fasa 2 ini, berapakah jumlah bantuan yang bujang
akan dapat? Sila baca sampai habis.
Penerima BKM Bujang
Berikut adalah kriteria kelayakan penerima BKM bujang :
-
Bujang atau ibu atau bapa / Balu / Duda
/ Janda yang tidak mempunyai anak yang layak; dan
-
Had umur 21-59 tahun; dan
-
Pendapatan perseorangan ialah RM2,500
dan ke bawah.
Jumlah Bayaran BKM Kategori Bujang
Berikut adalah jumlah bantuan BKM untuk kategori
bujang:
Jumlah Bayaran BKM Kategori Bujang
Berikut adalah jumlah bantuan BKM untuk kategori
bujang:
-
RM600 = Warga Emas Bujang / Tiada
Pasangan (Pendapatan bulanan bawah RM5,000)
-
RM350 = Bujang (Pendapatan bulanan bawah
RM2,500)
Kadar tambahan akan diberikan kepada penerima isi rumah
seperti berikut:
i) Tambahan RM500 kepada penerima dalam kategori isi
rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak yang memenuhi
syarat; atau
ii) Tambahan RM300 kepada kategori isi rumah berstatus
Warga Emas
*Nota: Isi rumah di atas hanya layak menerima satu
kadar tambahan sahaja.
Jumlah Bayaran BKM Kategori Bujang Fasa
2
Bagi Bujang Fasa 2 BKM pula, berikut adalah jumlah
bantuannya :
a) Kategori Bujang & Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang
tidak mempunyai anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah :
= Tidak Dapat untuk Fasa 2
b) Kategori Bujang & Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang
tidak mempunyai anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas :
= Dapat RM150 untuk Fasa 2
Kenapa Bujang Bawah 59 Tahun Tak Dapat
BKM Fasa 2?
Bagi kategori bujang atau IBT yang tiada anak (berumur
59 tahun dan ke bawah) dapat bantuan RM350 untuk Bantuan Keluarga Malaysia.
Pembayaran hanya akan dilakukan pada Fasa 1 dan Fasa 3
sahaja. Harap maklum.
Semakan Bantuan Keluarga Malaysia Bujang
Semakan status permohonan bujang boleh dibuat di laman
rasmi berikut :
Jadual Pembayaran BKM Bujang Fasa 2
Seperti yang anda sedia maklum, pembayaran BKM akan
dibuat sebanyak 4 kali sepanjang tahun 2022 iaitu Mac, Jun, September dan
Disember.
Untuk fasa 2, penerima bujang akan dapat bantuan
berkemungkinan pada akhir bulan Jun seperti mana bantuan BPR tahun lepas.
Tarikh rasmi akan diumumkan kerajaan tidak lama lagi.
Sila save website ini untuk rujukan pantas.
Sumber: portalmalaysia
0 Response to "BKM Bujang Fasa 2 – Berapa Yang Anda Akan Dapat?"