Bekas Jurulatih Kedah Tertanya-tanya Syarat Pinjaman Syafiq Ahmad

KEPULANGAN penyerang sensasi Harimau Malaya ke pangkuan kelab asalnya, Johor Darul Takzim (JDT) sememangnya mengejutkan ramai pihak.

Tatkala Syafiq sedang mendapat momentum terbaik bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC secara pinjaman, dia terpaksa akur dengan panggilan sang Harimau Selatan yang dilihat mungkin lebih memerlukan khidmatnya.

Ramai peminat bola sepak tanah air melihat Syafiq sebagai mangsa keadaan ekoran pertikaman media sosial antara Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Norr (Cek) dan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tetapi apapun spekulasinya, pemain berusia 26 tahun itu tetap akan pulang ke JDT meninggalkan Kedah selepas hampir lima bulan bersama Sang Kenari.

Namun bagi bekas jurulatih Kedah yang pernah menggilap bakat Syafiq, Ramon Marcote, dia juga terkejut dengan penamatan kontrak secara pinjaman pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Ini kerana katanya, tempoh kontrak pemain pinjaman kebiasaannya dibuat sekurang-kurangnya bagi tempoh setahun.

"Tetapi dalam kes ini (Syafiq) ia hanya bertahan tempoh 4-5 bulan sahaja.

"Saya rasakan mungkin dalam perjanjian pinjaman pemain itu, kedua-dua kelab bersetuju JDT boleh memanggil Syafiq semula pada bila-bila masa pada musim ini walaupun ia bukan (syarat) yang biasa diletakkan.

"Macam saya katakan tadi, tempoh pinjaman biasanya mempunyai tarikh awal dan akhir," katanya kepada Majoriti.

Ramon mengulas keputusan JDT memanggil semula Syafiq.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas sama ada keputusan JDT memanggil pulang Syafiq ada kaitan dengan 'gurauan' TMJ-Sanusi.

Sepanjang tempoh pinjaman ke Kedah, Syafiq menyumbat dua gol dan menyumbang empat bantuan gol dalam sembilan perlawanan Liga Super musim ini.

Gandingannya Ronald Ngah Wanja dilihat ada keserasian walaupun diletakkan sebagai penyerang sokongan kepada penyerang import itu.

Namun kepulangannya ke JDT sedikit sebanyak akan menjejaskan perancangan Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak yang terpaksa mencari pengganti untuk digandingkan bersama Ronald.

Ramon juga berpendapat bahawa kemasukan Syafiq pada awal musim perlu diambil kira sebagai sebahagian perancangan Aidil terhadap pembentukan dan perkembangan pasukan Hijau Kuning ini.

"Perkembangan corak permainan perlu diambil kira dengan pemain yang dimiliki sejak awal musim terutamanya melibatkan pemain penting dalam pasukan.

"Tidak diragukan lagi Syafiq merupakan salah seorang pemain penting Kedah pada musim ini," katanya. 

Sumber: Majoriti

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments